Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
217) PERANCANGAN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bilangan penduduk sedia ada dan sasaran bilangan penduduk serta kepadatan penduduk bagi bandar-bandar di Selangor? Sila senaraikan mengikut PBT
- Berdasarkan maklumat semasa di Pihak Berkuasa Tempatan bilangan penduduk dan kepadatan adalah seperti berikut:
BIL PBT KELUASAN (H) BIL.PDDK *KEPADATAN (per hektar)
**SASARAN 2020 1. MPKj 80869.02 808,786 10.0 922,016 2. MPAJ 14350 476,350 33.2 543,039 3. MP Selaya ng
52,335 553,674 10.6 631,188 4. MP Sepang
55716.12 211,361 3.8 337,200 5. MBSA 29030 558,308 19.2 636,470 6. MPK 57380 757,965 13.2 1,073,400 7. MBPJ 9719.98 632,479 65.1 721,026 8. MPSJ 16,180 725,070 44.8 826,579 9. MDKL 85,811 224,648 2.6 323,400 10. MDHS 175630.11 198,132 1.1 275,200 11. MDKS 119,452.46 209,590 1.8 268,300 12. MDSB 99,262.63 105,777 1.1 137,600 JUMLAH 795,736.59 5,642,140 Sumber: 1. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011.
- Laporan Tinjauan, Rancangan Struktur Negeri Selangor (Pengubahan 1) 2035
* Kepadatan Penduduk = Jumlah Penduduk/Luas (hektar)
** Berdasarkan KPPT 2.0%
-
Adakah angka-angka ini mematuhi keperluan Rancangan Fizikal Negara & Rancangan Struktur Negeri?
Merujuk Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020, dasar-dasar yang dibentuk di pelbagai sektor akan dipastikan selaras dengan Rancangan Fizikal Negara. Bagi bilangan penduduk serta unjuran di masa hadapan Rancangan Fizikal Negara telah mengenal pasti unjuran penduduk Negeri Selangor pada tahun 2020 adalah seramai 7,049,100. Manakala, bagi Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 telah mengenal pasti unjuran penduduk Negeri Selangor pada tahun 2020 adalah seramai 7,369,030. Jumlah sasaran penduduk Negeri Selangor masih lagi berada bawah paras sebagaimana ketetapan di dalam