Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
209) PENGURUSAN PPR SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah menaikan sewa kepada sesetengah penduduk daripada kadar RM124.00 kepada RM248.00. Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPR di Kota Damansara?
Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (anak syarikat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor) yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPR Kota Damansara mulai 1 Mei 2013.
-
Berapakah caj bayaran kerosakan lif di PPR Kota Damansara?
Caj bayaran kerosakan lif di PPR Kota Damansara sehingga 30 April 2013 adalah sebanyak RM 973,393.00.
-
Siapakah yang akan menanggung caj kerosakan tersebut?
Pihak Majlis yang menanggung caj kerosakan tersebut sehingga 30 April 2013.