Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

203) LEMBAGA URUS AIR NEGERI SELANGOR (LUAS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan pengarah LUAS?

    1. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah sebuah agensi kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sumber air (air mentah) negeri (air bumi, air permukaan dan pesisir pantai). Ahli lembaga pengarah LUAS terdiri daripada YAB Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai timbalan pengerusi, Pengarah LUAS sebagai setiausaha, dan beberapa ahli lain yang terdiri daripada Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, dua (2) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, serta lima (5) orang yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang pengurusan sumber

     

    Di bawah pimpinan Pengarah LUAS sekarang ( keempat), Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat; pasukan pengurusan LUAS terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan dan Operasi, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan serta Bahagian Khidmat Pengurusan. Bahagian Pembangunan dan Operasi meliputi aktiviti teras LUAS yang merangkumi pengurusan tujuh (7) lembangan sungai utama Negeri Selangor, pengurusan pesisir pantai, pengurusan air bumi, pengurusan sumber air alternatif, pengurusan kawalan pencemaran sumber air serta perancangan dan penyelidikan. Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan pula merangkumi pengurusan pendakwaan dan pelesenan serta penguatkuasaan. Manakala Bahagian Khidmat Pengurusan menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan serta teknologi maklumat. Di samping itu, LUAS juga disokong oleh Unit Korporat dan juga Unit Audit Dalam. Pihak LUAS juga sedang merancang untuk proses pengukuhan organisasi untuk mendepani cabaran semasa dan akan datang.

  2. Apakah fungsi LUAS dalam industri air?

    1. Di dalam sektor industri air, LUAS bertanggungjawab untuk memastikan kualiti sumber air di Negeri Selangor bersih dan kuantitinya mencukupi untuk bekalan kepada loji-loji pembersihan air (LPA) untuk dirawat. Di samping memastikan

     

    sumber air untuk keperluan semua sektor; pertanian, penternakan, perikanan, ekologi dan alam sekitar mencukupi. Bagi tujuan kelestarian pengurusan sumber air, LUAS melesenkan dan mengcaj kuantiti air yang diabstrak (satu sen semeter padu untuk utiliti awam dan lima sen semeter padu untuk industri). Prinsip pengurusan yang diamalkan oleh LUAS adalah “Water to Water” dan “Polluters Pay”. LUAS menguruskan sumber air Negeri Selangor secara bersepadu melalui integrasi bersama jabatan atau agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), JPS, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah dan operator-operator loji. Tujuh belas (17) fungsi LUAS berdasarkan Enakmen LUAS 1999 dapat dirumuskan untuk;

     

    • Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi,

     

    • Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri,

     

    • Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air,

     

    • Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawal selia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka, dan

     

    • Menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber

     

  3. Apakah sumbangan dan keberkesanan LUAS dalam pengurusan air negeri?

    1. LUAS sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan sumber air negeri melalui inisiatif-inisiatif dan kaedah- kaedah baru. Antara pencapaian LUAS di dalam pengurusan sumber air negeri adalah; pewartaan tujuh (7) kawasan tadahan air empangan di Negeri Selangor pada tahun 2010 sebagai Zon Perlindungan melalui subseksyen 48(3) Enakmen LUAS 1999. Pewartaan ini membolehkan pengawalan ke atas aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan tadahan empangan dilakukan bagi memastikan keadaan air tadahan empangan sentiasa selamat dan

     

    Beberapa peraturan juga telah dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang dijalankan berkenaan dengan sumber air. Antaranya adalah; Peraturan- peraturan Abstraksi Sumber Air (Negeri Selangor) 2012 untuk mengawal aktiviti abstraksi sumber air yang dijalankan; Peraturan-peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 bagi mengawal aktiviti- aktiviti yang melepaskan bahan pencemar yang tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling oleh JAS; Peraturan-peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman (Negeri Selangor) 2012 dengan tujuan untuk mengawal aktiviti-

     

    aktiviti navigasi di sungai-sungai di Negeri Selangor; serta Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 bagi mengawal aktiviti-aktiviti pengubahan sumber seperti pengorekan pasir, pembinaan jambatan dan juga jeti. Beberapa peraturan lagi akan dikuatkuasakan dan ini memberi LUAS pelbagai kaedah untuk menguruskan sumber air negeri melalui pengawalan aktiviti.

     

    Sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, tindakan bersepadu LUAS bersama agensi dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan berjaya menangani setiap kes kecemasan pencemaran sumber air di dalam jangka masa yang singkat. Antara kes-kes yang telah berjaya ditangani dengan baik adalah seperti kes tumpahan minyak daripada lori terbalik di Lebuh raya KARAK dan juga kes tumpahan minyak ke dalam Sungai Selangor oleh sebuah premis baru- baru ini.

     

    Hasil cadangan oleh LUAS, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor juga telah meluluskan pemakaian Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor oleh semua PBT. Strategi pengurusan ini diwujudkan untuk menekankan dasar pembangunan dengan mengikut keadaan fizikal semula jadi sungai dan memelihara keadaan asal sumber air tersebut.

     

    Banyak lagi perkara yang telah dicapai oleh LUAS sepanjang penubuhannya selama 13 tahun dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber air negeri. Pencapaian ini bukan hanya tertumpu kepada operasi teras sahaja, malah merangkumi segala aspek perkhidmatan LUAS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.