Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
198) PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KEDIAMAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah benar bahawa permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan yang merupakan tanah kediaman kini telah dibekukan/ tidak diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor dan apakah sebabnya?
- Kerajaan Selangor tidak membekukan mana-mana permohonan pemberimilikan tanah kerajaan bagi tujuan bangunan kediaman. Walau bagaimanapun, pemohon perlulah mematuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu :
- Orang-orang yang benar selain remaja;
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
- Raja-Raja Pemerintah, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan ordinan keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957; dan
- Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang