Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

195) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan penjualan Asrama Yayasan Kuala Lumpur,Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kg Pandan?

    1. Yayasan Selangor tidak menjual asrama pusat tersebut, tetapi membangunkan tapak asrama ini bagi menambah pendapatan agar lebih ramai lagi pelajar- pelajar di Selangor dapat di bantu berbanding jumlah sedia
  2. Jika ada berapakah nilai jualan tersebut?

    1. Projek pembangunan bercampur bersama pemaju yang berjaya di dalam tender terbuka ini akan memberi kadar pulangan 30% daripada Nilai Kasar Pembangunan (GDV) . Jumlah pulangan minima yang bakal diperolehi oleh Yayasan Selangor ialah RM345 juta dan pulangan ini akan meningkat mengikut harga pasaran sepanjang pembangunan ini dijalankan. Nilai Pasaran tanah 8.2 ekar itu ialah RM 199 juta.
  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggantikan Asrama tersebut di tempat lain?Jika ada ,apakah statusnya setakat ini?

    1. Yayasan Selangor tidak akan menggantikan asrama pusat, sebaliknya akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh(SBP) yang boleh menempatkan 1,000 pelajar. Permohonan tanah kepada Kerajaan Negeri Selangor sedang di proses.

Lampiran

Tiada Lampiran.