Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
194) OKU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan OKU yang telah berdaftar dengan JKM di tiga DUN dalam Parlimen Gombak.
- Mengikut Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) bilangan OKU yang berdaftar dengan JKM di tiga DUN dalam Parlimen Gombak adalah seperti berikut:
DUN
BILANGAN OKU
N.16 BATU CAVES 1769 N.17 GOMBAK SETIA 209 N.18 HULU KELANG 185 -
Senaraikan bilangan OKU yang telah berdaftar dengan SMUE seperti kategori a)
- Berikut adalah kemudahan dan keistimewaan kepada OKU dari pelbagai agensi kerajaan dan
KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN ORANG KURANG UPAYA
BIL
AGENSI PELAKSANA
KEMUDAHAN OKU YANG DISEDIAKAN
1. Jabatan Masyarakat Kebajikan Bantuan Kewangan v Elaun Pekerja Cacat (EPC) – (RM300) v Bantuan am – (RM80)
v Geran Pelancaran- (RM2700)
v Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
v Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB) – (RM 150)
v Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) -(RM300) Perkhidmatan Institusi
v Pusat Pemulihan dalam Komuniti
v Institusi Penjagaan dan Pemulihan Taman Sinar Harapan
v Bengkel Terlindung
v PLPP Bangi
v Khidmat nasihat dan Kaunseling
Akses perkhidmatan OKU- JKM Pendaftaran dan Pengeluaran Kad OKU
2. Kementerian/Agensi Kerajaan lain 2.1 Kementerian Pengangkutan/Jabatan Pengangkutan Jalan Pengecualian Cukai Jalan (OKU fizikal. Kereta, van, motosikal buatan tempatan sahaja)
2.2 Kementerian Pengangkutan/ Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia SPAD Kemudahan Pengangkutan Awam v Potongan harga sebanyak 25% kepada OKU & warga tua 60 tahun ke atas bagi semua bas ekspress (mulai 20 Julai 2009)
v Potongan harga sebanyak 50% kepada OKU yang menaiki bas henti –henti
2.3 Kementerian Pelajaran/Bahagian Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas 2.4 Kementerian Pelajaran v Program Pendidikan Integrasi v Elaun RM150.00 sebulan kepada Pelajar OKU Sekolah Rendah dan Menengah
2.5 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia/Bahagian Biasiswa Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT – Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian tinggi (Diploma Ke atas) secara sepenuh masa di IPTA,IPTS,Politeknik &Kolej Komuniti
– Berbentuk bayaran yuran & wang saku. Tidak lebih RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang pengajian. – Bantuan Kewangan kepada pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ (Pengajian Jarak Jauh) – Tidak lebih RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang pengajian, tetapi hanya bayaran yuran pengajian sahaja. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej Komuniti – Diberikan kepada Pelajar OKU Pendengaran – mengikuti Program Pendidikan Khas di Politeknik terpilih. – Kadar bantuan adalah RM3360 /semester mengambil kira bantuan yuran,sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.
Saluran Khas pengambilan OKU di IPTA – Menerusi saluran Khas (tidak perlu bersaing dengan kategori biasa) kelayakan minima.
– Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA. 2.6 Kementerian Kewangan /Lembaga Hasil
Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan – Pelepasan Cukai Berganda – majikan yang melatih & mengambil pekerja OKU.
– Pelepasan cukai RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU.
– Pelepasan cukai RM5000 bagi pembelian alat – alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibu bapa OKU. – Mulai 2005 Pelepasan cukai diri sebanyak RM6000 kepada OKU& pasangan OKU (dari RM3,000 kepada RM3,500)
– Pengecualian 100 peratus Duti Eksais ke atas kenderaan OKU
Dengan syarat -syarat berikut:
· Pemohon berdaftar dengan JKM
· Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga tamat tempoh 5 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan;
· Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 5 tahun.
(Berdasarkan pembentangan bajet tahunan)
2.7 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kadar sewa rumah yang rendah 2.8 Kementerian Kewangan/Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Potongan Harga 20% pembelian rumah 2.9 Kementerian Kesihatan Pengecualian bayaran rawatan perubatan – Bayaran Wad kelas 3
– Bayaran Pakar
– Bayaran Ubat
– Hanya hospital kerajaan
3.0 Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja Kemudahan Peluang Pekerjaan – Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2008 Dasar 1% Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU.
– Perkhidmatan Pendaftaran Pekerjaan secara online. Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP – OKU)
– Telah berniaga
– Usia 18 tahun ke atas
– Individu atau kelompok
– Geran berbentuk one-off
3.1 Jabatan Tenaga Kerja Kemudahan Peluang Pekerjaan Bagi Sektor swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat di Sektor Swasta telah ditubuhkan pada tahun
1990 – mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta.
3.2 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Jabatan Imigresen Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan – Pasport
3.3 Jabatan Pendaftaran Negara Pengecualian bayaran :- – Membuat MyKad
– Carian daftar Kelahiran dan Kematian
3.4 Kementerian Kewangan Pengecualian duti import alat ganti tiruan/sokongan 3.5 Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen Terbitan – Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.
– Waktu Bekerja Anjal
3.6 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi/ Telekom Malaysia Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang( percuma sewa bulanan talian telefon kediaman dan percuma untuk perkhidmatan panggilan menunggu atau pemindahan panggilan. 3.7 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan Kod Amalan Akses bagi OKU;- – Bangunan baru wajib ada ram dan railing
– Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda – Lif Khas dengan reka bentuk sesuai
– Tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
3.8 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Penggunaan melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pengecualian bayaran permohonan baru dan memperbaharui Sijil Perakuan Perniagaan bagi OKU. 4. Agensi Swasta 4.1 Perkhidmatan Penerbangan Malaysia Malaysia Airlines (MAS)
Memberi diskaun 50% bagi penerbangan dalam negeri 4.2 Perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu (KTMB) v (KTMB) Antara bandar
– Memberi diskaun 50% ke atas tambang perjalanan bagi semua kelas.
v Perkhidmatan KTM Komuter
– Memberi diskaun 50% ke semua destinasi
4.3 Sistem Transit Aliran Ringan (RapidKL) Memberi diskaun 50% ke semua destinasi – Laluan Ampang dan Sri Petaling
– Laluan Kelana Jaya
4.4 Telekom Malaysia Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang (percuma sewa bulanan talian telefon kediaman dan percuma untuk perkhidmatan panggilan menunggu atau pemindahan panggilan). 4.5 Universiti Terbuka Malaysia 75% potongan yuran pengajian -
Apakah rancangan kerajaan untuk melaksanakan pendaftaran automatik SMUE daripada senarai pemilik kad OKU JKM?
- Telah ada rancangan untuk mengintegrasikan penerima bantuan daripada mana- mana agensi atau jabatan di bawah kerajaan negeri termasuk JKM melalui perisian Tujuannya agar satu pangkalan data bersepadu dapat
diwujudkan bagi mengurus data pemohon dan penerima bantuan dengan lebih sistematik di samping mengelakkan sebarang pertindihan.
Setakat Oktober 2013, seramai 1 juta individu telah didaftarkan dengan sistem iWorkfare di mana penerima bantuan adalah sebanyak 355,241.
DITOLAK DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN TETAP 23 (q) (i)