Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
190) PENYEDIAAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Data menunjukkan projek perumahan kerajaan Negeri sepanjang tempoh 2008- 2012 adalah sebanyak 3 617 unit. Berapakah unjuran bilangan keperluan perumahan mengikut populasi rakyat Selangor sehingga kini?
- Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu dan member peluang kepada semua golongan di Negeri Selangor memiliki rumah. Ini selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Berdasarkan data Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah (SPPR) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sehingga kini terdapat 110,595 orang pemohon Rumah Kos Rendah (RKR) dan 2,228 orang pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu hanya 2.3% daripada jumlah penduduk Negeri Selangor iaitu kira- kira 4,932,695 orang (berdasarkan kepada Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010) yang masih lagi menunggu tawaran rumah kos rendah di Negeri
-
Berapakah unjuran keperluan berdasarkan daerah dan permintaan mengikut pendapatan isi rumah?
- Pecahan permintaan Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) berbanding jumlah penduduk mengikut daerah adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Bil. Pemohon RKR Menunggu Tawaran Bil. Pemohon RMM Menunggu Tawaran
Jumlah Penduduk 1. Petaling 2,121 1,201 1,617,004 2. Gombak 708 64 617,637 Bil. Daerah Bil. Pemohon RKR Menunggu Tawaran Bil. Pemohon RMM Menunggu Tawaran
Jumlah Penduduk 3. Klang 2,476 60 767,140 4. Hulu Langat 1,275 692 1,050,753 5. Sepang 89 43 187,413 6. Kuala Langat 16 6 209,755 7. Kuala Selangor 116 4 195,614 8. Hulu Selangor 276 142 186,250 9. Sabak Bernam 58 14 101,129 10. * Terbuka 103,460 – – Jumlah 110,595 2,228 4,932,695 * Nota:Memilih pendaftaran terbuka tanpa pilihan projek
-
Adakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan projek ini meliputi seluruh negeri?
- Antara strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan Projek Perumahan Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik meliputi ke seluruh negeri adalah dengan mengambil langkah-langkah berikut:
- Mengkaji semula dasar perumahan sedia dengan dengan memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor. Dasar yang diguna pakai kini lebih menekankan kepada penyediaan rumah kos rendah (RM42,000.00), rumah kos sederhana rendah (RM72,000.00) dan rumah kos sederhana (RM100,000.00) dan pembentukan dasar baru kelak akan menekan kepada perumahan mampu milik yang lebih komprehensif dan menyeluruh dengan penyediaan rumah dari harga jualan bermula RM42,000.00 seunit sehingga kepada harga jualan tidak melebihi RM250,000.00 seunit. Dasar ini dijangka akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014.
- Memperkasakan peranan-peranan agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Selangor (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk terlibat secara lebih giat lagi dalam pembinaan rumah mampu milik yang lebih selesa dan berkualiti pada harga mampu milik selain daripada penyediaan oleh pemaju
- Memantau pelaksanaan pembangunan Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) secara berkala melalui Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Projek RKR dan RMM dari peringkat permohonan kelulusan sehingga