Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
184) TANAH PKNS DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Tanah milik PKNS yang digazetkan untuk dibangunkan kemudahan bagi rakyat balai polis, balai bomba, klinik dan lain-lain masih belum dilaksanakan sehingga kini. Apakah status tanah yang digazetkan ini di Dun Kota Damansara?
- Tanah milik PKNS yang digazet untuk dibangunkan kemudahan bagi rakyat seperti Balai Polis, Balai Bomba, Klinik dan lain-lain adalah seperti butiran di bawah :-
- Tapak Balai Polis
- Peruntukan tapak Balai Polis telah disediakan di Seksyen 6, Kota Damansara yang mana Balai Polis telah didirikan di tapak tersebut. Pihak Polis akan membuat permohonan ke Pejabat Tanah Petaling untuk tujuan pewartaan tanah apabila hak milik tanah telah dikeluarkan.
- Tapak Balai Bomba
- Mengikut Pelan Perancangan Pembangunan yang diluluskan tidak diperlukan peruntukan tapak untuk Balai Bomba dan Balai Bomba berdekatan adalah Balai Bomba
- Tapak Klinik
- Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk membeli 2 unit kedai PKNS sebagai poliklinik memandangkan kesesuaian lokasi yang lebih strategik seperti berikut:
- Alamat : 58, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara
HS(D) 242463, PT 10042 (5 tingkat)
Harga jualan : RM3,102,168.00 Tarikh tawaran: 26.12.2007
Tarikh SPA : 29.5.2009
Keluasan : 427 mp
- Alamat : 60, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara
HS(D) 242462, PT 10041 (3 tingkat)
Harga Jualan: 833,000.00
Tarikh tawaran: 26.12.2007
Tarikh SPA : 29.5.2009
Keluasan : 167 mp
-
Bilakan kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan kemudahan bagi rakyat ini di Dun Kota Damansara?
- b) Kedua-dua kedai tersebut kini dalam proses pengubahsuaian. PKNS akan menyerahkan hak milik kepada Kementerian Kesihatan untuk tujuan pewartaan apabila bayaran penuh harga jualan diselesaikan.