Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

182) PASUKAN KESELAMATAN KEJIRANAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kampung-kampung dan komuniti India yang belum melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) Negeri Selangor mengikut daerah.

    Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap keselamatan penduduk kampung. Dengan itu, telah ditubuhkan Program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) di setiap daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat sebanyak 185 kampung di seluruh Selangor yang telah menubuhkan PKK ini. Dalam proses merealisasikan program PKK ini, terdapat banyak faktor yang terlibat terutamanya yang melibatkan pihak Polis. Mereka yang dicalonkan untuk menjadi sebahagian daripada PKK ini perlu menjalani saringan keselamatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu. Proses ini mengambil sedikit masa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memantau dengan rapi pelaksanaan program PKK ini untuk memastikan ianya mencapai objektif dan matlamat seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

     

  2. Apakah sebab-sebabnya program tersebut belum dilaksanakan

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.