Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

179) STATUS SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sekolah rendah mengikut aliran jenis kebangsaan Cina, Tamil, agama dan sekolah menengah yang telah dibina di dalam Daerah Kuala Langat, Petaling , Sepang dan Klang sejak tahun 2008 hingga bulan Oktober 2013. i) Sila menyatakan status pembinaan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah yang amat diperlukan untuk lebih hampir 20,000 ribu penduduk di Bandar Saujana Putra, Puchong; ii) Sila menyatakan keluasan tapak yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah ; dan iii) Kos pembinaan.

    1. Jumlah sekolah rendah mengikut aliran dan sekolah menengah yang di bina di dalam daerah Kuala Langat, Petaling, Sepang dan Klang sejak tahun 2008 sehingga bulan Oktober 2013 adalah seperti berikut:

     

    Daerah Kuala Langat Petaling Sepang Klang
    SK   7 (termasuk SJKC Tun Tan Siew Sin)   1
    SMK 1 4 2 3

     

    1. Rancangan pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di Bandar Saujana Putera, Puchong telah dibida dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10)

     

    1. Keluasan tapak sekolah yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah adalah 6 ekar untuk sekolah kebangsaan dan 8 ekar untuk sekolah menengah

     

    • Kos pembinaan kedua-dua sekolah tersebut adalah RM 23

Lampiran

Tiada Lampiran.