Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

173) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AGAMA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar di DUN Meru?

    1. Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar di DUN Meru adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
  2. Apakah bentuk peruntukan yang diberi bagi setiap sekolah SRA, SMA di bawah JAIS?

    1. Bentuk peruntukan yang diberi bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah JAIS adalah seperti berikut:

     

    1. Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor Emolumen tenaga pengajar

    Kakitangan sokongan di 68 buah SRA mengikut waran Pembantu Tadbir N17 yang diperuntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Peruntukan bayaran utiliti (Air, Elektrik dan IWK)

    Peruntukan baik pulih/penyelenggaraan bangunan

    Peruntukan elaun pembersih kawasan bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) gred B dan gred C

    Perkhidmatan mencuci bangunan dan pembersih kawasan bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) gred ‘’A‘’

    Perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata bagi Sekolah- sekolah Rendah Agama (SRA) gred ‘’A‘’

     

    1. Sekolah Agama Menengah

    Emolumen tenaga pengajar bagi Sukatan Al-Azhar

  3. Bagaimanakah peruntukan disalurkan kepada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama?

    Peruntukan disalurkan kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Agama Menengah (SAM) melalui:

     

    • Lantikan tenaga pengajar dan kakitangan sokongan
    • Lantikan pembersih kawasan (sambilan) di SRA gred ‘B’ dan gred ‘C’
    • Lantikan syarikat pembekal perkhidmatan mencuci bangunan dan pembersih kawasan sekolah di SRA. gred ‘’A‘’
    • Lantikan syarikat pembekal perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata di SRA. gred ‘’A‘’
    • Menyalurkan peruntukan    baik    pulih/penyelenggaraan                           bangunan melalui Jabatan Kerja Raya

     

Lampiran

Tiada Lampiran.