Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

172) PINJAMAN DAN BIASISWA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pinjaman dan biasiswa pelajaran dilaksanakan melalui Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Apakah syarat layak memohon pinjaman dan biasiswa?

    1. Syarat kelayakan memohon pinjaman adalah seperti di Lampiran I. Manakala bagi pinjaman pelajaran yang ditukar kepada biasiswa adalah seperti di Lampiran II.

     

  2. Nyatakan jumlah pinjaman dan biasiswa yang diberikan kepada seorang pelajar?

    1. Kadar Pinjaman Pelajaran adalah seperti berikut:

     

    Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)
    Ijazah (Perubatan) RM 7,000
    Ijazah (Lain-lain) RM 6,500
    Diploma RM 4,900
    Sijil RM 4,000
  3. Berapakah peratusan pelajar yang tidak melakukan pembayaran semula pinjaman selepas tamat pengajian dan bagaimanakah cara mengatasinya?

    Pecahan pelajar yang gagal membuat bayaran balik sehingga Oktober 2013 seperti berikut:

     

    Tahun Mula Membayar Bil. Pembayar Baru Gagal Membayar
    2013 998 224
    2012 1142 208
    2011 940 67
    2010 942 42
    JUMLAH 4,930 541

     

    Cara mengatasi pelajar yang tidak melakukan pembayaran adalah seperti berikut:

     

    Proses Mengutip Tempoh Masa
    Surat Berdaftar 6 bulan dari tamat pengajian
    Penyata Kewangan 2 kali setahun
    Telefon/Pesanan Ringkas
    Surat Peringatan 1 3 bulan dari surat berdaftar
    Surat Peringatan 2 3 bulan dari surat peringatan 1
    Notis Tanpa Prejudis 3 bulan surat peringatan 2
    Notis         Penyenaraian                  Senarai Hitam(RAMCI) 3 bulan surat notis tanpa prejudis
    Letter    of    Demand   melalui              panel peguam 1     bulan    notis     penyenaraian senarai hitam
    Saman kepada peminjam tegar

     

    LAMPIRAN I

     

    Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
     

     

     

     

    Kelahiran

    ·          Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

    ·          Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

    ·          Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

     

     

     

    Peringkat Pengajian

    ·          Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
     

    Penajaan

    ·          Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja;
     

    Pencapaian Akademik

    ·          Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
     

     

    Tahun Pengajian

    ·          Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

     

    LAMPIRAN II

     

     

    • Pemohon merupakan peminjam yang telah menamatkan pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan;

     

    • Pemohon merupakan peminjam di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
    • Pemohon memperoleh CGPA/PNGK 3.75 ke atas; dan

     

    • Pemohon telah menerima Transkrip Rasmi keputusan keseluruhan pengajian berserta Sijil Kelulusan Senat daripada IPT dan menghantar dokumen tersebut di

     

Lampiran

Tiada Lampiran.