Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
170) PEMBALAKAN DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kawasan pembalakan yang diluluskan di negeri ini yang masih aktif?
Tiada.
-
Nyatakan hasil pendapatan negeri daripada aktiviti ini dari 2008-2013?
Hasil pendapatan negeri bagi aktiviti pembalakan dari tahun 2008-2013 adalah berjumlah RM869,956.27 yang meliputi ketiga-tiga kawasan iaitu Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah
Maklumat Tambahan
– Seperti di Lampiran III (pendapatan bagi tahun 2008 – 2013)
-
Apakah masih wujud kemungkinan aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan simpan kekal sedia ada?
- Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, mendapati tiada kes pembalakan haram melibatkan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor semenjak tahun
LAMPIRAN III
MAKLUMAT TAMBAHAN
– Kutipan Hasil Keluaran Balak Bagi Tahun 2008 – 2013 (RM)
JENIS TAHUN
HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) TANAH KERAJAAN (TK)
TANAH MILIK (TM) JUMLAH 2008 467,621.17 4,990.79 43,558.28 516,170.24 2009 118,500.66 – 16,619.13 135,119.79 2010 27,554.99 – 64,602.67 92,157.66 2011 – – 54,159.22 54,159.22 2012 46,950.00 – 397.16 47,347.25 2013 – – 25,002.11 25,002.11 JUMLAH 660,626.91 4,990.79 204,338.57 869,956.27 Nota:
Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan moratorium pembalakan di dalam HSK bermula pada tahun 2010. Kesemua aktiviti pengusahasilan/pengeluaran balak adalah berdasarkan kelulusan sebelum tahun 2008.