Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
162) STANCO PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah adalah ahli-ahli Stanco yang menjaga portfolio pendidikan Selangor?
Ahli – ahli Jawatankuasa Tetap Pendidikan adalah seperti berikut:
- Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor
- Perbendaharaan Negeri Selangor
- Unit Perancang Ekonomi Negeri
- Jabatan Agama Islam Selangor
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
- Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
- Majlis Permuafakatan Tadika Selangor
-
Apakah polisi yang telah digubal oleh Stanco pendidikan kerajaan negeri?
Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Selangor meletakkan “Pendidikan Untuk Semua” sebagai polisi. Di antara projek – projek Kerajaan Negeri yang dilaksanakan bagi mencapai cita – cita tersebut adalah seperti berikut:
- Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS),
- Program Bantuan Sekolah
- Program Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).
-
Apakah kriteria untuk melantik ahli-ahli Stanco tersebut?
- Ahli – ahli Jawatankuasa Tetap Pendidikan yang dilantik adalah berdasarkan kepada jabatan / agensi yang mempunyai bidang / kuasa yang berkaitan dengan Pendidikan.