Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

160) COMMUNICATION CORPORATION SDB BHD (CCSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peranan dan tujuan penubuhan CCSB?

    1. Penubuhan Syarikat Communication Corporation Sdn Bhd pada 18hb Februari 2009, tidak memfokuskan keuntungan, tetapi berperanan sebagai medium penyebaran maklumat antara Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat dengan menyalurkan informasi dan perkembangan pemerintahan Kerajaan Negeri hingga kepada program-program yang dilancarkan misalnya Program MES.
  2. Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak pengurusan PIYS?

    Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 1 November 2013 telah menolak soalan

  3. Apakah projek-projek di bawah CCSB dan nilainya?

    Communication Corporation Sdn Bhd tidak menjalankan projek-projek bagi menjana keuntungan. Namun, menjalankan kegiatan penerangan maklumat kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor khususnya, melalui Website Selangorku (terdapat dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris), penerbitan Selangorkini , Selangorkini Mandarin dan Selangorkini – Indru. Kos perbelanjaan yang terlibat sehingga September 2013 berjumlah RM9,446,524

Lampiran

Tiada Lampiran.