Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

158) PELAN PRA-HITUNGAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kampung baru menggunakan pelan pra-hitungan (Pre-Computation Plan)? Jika tidak, nyatakan pelan ukur sedia ada yang diguna pakai?

    Pelan Pra-hitungan adalah terhad kepada kawasan-kawasan yang melibatkan pembangunan perbandaran. Dalam kes ini, pengukuran kawasan kampung baru adalah tidak menggunakan kaedah Permohonan Ukur (P.U). Kaedah PU ini akan diselaraskan oleh Pejabat Tanah Daerah masing-masing sebelum ianya dihantar terus ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi tujuan pengeluaran Pelan Akui (P.A). Pelan Diakui ini kemudiannya digunakan bagi pengeluaran Hak milik Muktamad.

  2. Nyatakan jumlah kawasan kampung baru yang masih belum mempunyai apa- apa pelan ukur mengikut daerah.

    1. Sebanyak 289 petak bagi kawasan Kampung Baru yang melibatkan 3 daerah di Negeri Selangor yang masih belum mempunyai Permintaan Ukur (P.U.) dan pecahannya adalah seperti berikut :

     

     

    Daerah

    Nama Kampung Baru Yang Terlibat Bil. Petak Tanah Yang Belum Mempunyai Permohonan Ukur
    Hulu Selangor Kampung Baru Chuang 36
    Sepang Kampung Baru Dengkil 151
    Kuala Selangor Kampung Baru Tiram Setia 102
    Jumlah 289

     

    Kesemua Pejabat Tanah Daerah terlibat pada masa kini sedang dalam tindakan mengemas kini proses pengukuran petak-petak tanah yang tersebut di atas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.