Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
149) PEMBANGUNAN PERTANIAN DESA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah strategi kerajaan dalam memajukan tanah pertanian sebagai program pembangunan desa?
Strategi Kerajaan Negeri dalam memajukan tanah pertanian sebagai satu program pembangunan desa adalah dengan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan terutamanya bagi tanaman padi di kawasan Barat Laut Selangor yang terletak di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan kelapa, Program Taman Agroteknologi/ Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) telah dibangunkan di atas tanah kerajaan negeri di mana ianya melaksanakan projek pertanian secara bersepadu yang turut berintegrasi dengan projek-projek perikanan dan penternakan. Dalam aspek pembangunan pertanian di desa, strategi meningkatkan pendapatan dan nilai keempunyaan (ownership) penduduk kampung adalah dengan cara memperkasa ilmu dan kemahiran masyarakat desa dengan mengadakan beberapa siri bengkel bersama Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan agensi-agensi yang terlibat di dalam pembangunan pertanian di Negeri
-
Apakah program-program yang telah dijalankan bagi menggandakan pendapatan petani, penternak dan nelayan?
Bagi meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan beberapa program telah dan sedang dilaksanakan. Antara Program-program tersebut adalah seperti berikut:
- Program Peningkatan Hasil Padi
- Pertanian Lestari – Teknologi Natural Farming
- Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
- Projek Pembangunan Tanaman Kelapa
- Projek Pembangunan Industri Buah-buahan
- Projek Pembangunan Industri Sayuran
- Projek Pembangunan Bungaan dan Tanaman Hiasan
- Skim Pengganda Ruminan Selangor (Ternakan Lembu dan Kambing)
- Skim Penternakan Breedlot
- Skim Merakyatkan Ekonomi Penternak Negeri Selangor
- Skim Transformasi Ternakan Unggas
- Projek Ayam Pedaging
- Projek Lembu dan Kambing
- Program Kebun Kerang
- Bantuan Peralatan Kepada Petani, Penternak dan Nelayan
-
Apakah strategi pembangunan desa yang melibatkan usaha memodenkan industri pertanian, penternakan dan perikanan?
- Strategi bagi memodenkan industri pertanian adalah dengan memberi tumpuan kepada teknologi terkini yang membolehkan penghasilan produk komersial bernilai tinggi walaupun dengan keluasan tanah yang terhad. Antara teknologi yang diberi tumpuan adalah teknologi penanaman secara fertigasi secara output atau pun secara
Penggunaan mekanisasi di kawasan sawah iaitu menggalakkan penanaman padi secara ‘transplanter’ serta mempromosi amalan pertanian baik melalui penanaman secara ‘Natural farming’ selari dengan gaya hidup pengguna masa kini yang mementingkan makanan yang kurang sisa baki racun. Pada masa yang sama alam dapat dilestarikan dalam jangka masa panjang serta mengurangkan kos pengurusan ladang bagi petani.