Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

141) KESAN PROJEK PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri turut bertanggungjawab memantau projek-projek pembangunan terutamanya di kawasan cerun bukit agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Apakah peranan PBT dalam mengawal dan memantau projek-projek tersebut?

    Peranan PBT dalam mengawal dan memantau projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

    1. Memastikan garis panduan dan penyeragaman dasar dari sudut perundangan seperti peraturan pengawalan kerja-kerja tanah dari aspek teknikal kestabilan cerun bukit dipatuhi sebelum pembangunan di sesuatu kawasan dilaksanakan. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang melibatkan cerun lebih 25% akan dirujuk ke Jawatankuasa KSAS Negeri Selangor.

     

    1. Bertanggungjawab menyediakan kertas cadangan pengubalan dan penyeragaman dasar, perundangan dan peraturan berkaitan dengan prosedur pembangunan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menjurus kepada pembangunan yang mampan sekiranya

     

    • Melaksanakan kerja pemantauan dan penilaian perlaksanaan dasar, perundangan dan peraturan berkaitan dengan aspek-aspek geoteknikal yang bersangkutan dengan pembinaan bangunan dan pengubahsuaian persekitarannya.
  2. Senaraikan kawasan projek-projek berisiko yang terlibat mengikut PBT?

    b) Berikut adalah kawasan projek berisiko yang terdapat di PBT :

    BIL PBT KAWASAN BERISIKO
    1. MBSA Seksyen U9, U10 dan U12 Shah Alam
    2. MBPJ Bukit Gasing, Damansara Perdana dan Sri Damansara
    3. MPK Tiada
    4. MPAJ Seperti di lampiran
    5. MPSJ Tiada
    6. MPS 1. Seksyen 19, Bandar Rawang
    2. Lot 5070, Mukim Rawang
    3. PT 37380, Mukim Rawang
    4. Lot 1048 Bandar Kundang
    7. MPKj 1. Kg. Sg Lui
    2. Kg. Bt 20, Sg Lui
    3. Kg. Jawa Sg. Lui
    4. Kg. Ulu Lui
    5. Kg. Bt 16, Dusun Tua
    6. Kg. Bt 14, Hulu Langat
    7. Bt. 14, Taman Indah Jaya
    8. Pekan Bt 14
    9. Kg. Sg Serai
    10. Bt 9, Kg. Sg. Raya
    11. Taman Murni Cheras
    12. Kg. Melayu Bt. 10 Cheras
    13. Near Toll Plaza Bt. 9, Cheras – Kajang Highway (SILK)
    14. Bt 11 Cheras, Taman Sri Indah
    15. Kg. Sg. Sekamat
    16. Kg. Sg Long
    17. Kg. Baru Balakong
    18. Taman Harmoni Indah
    19. Kg. Paya Lebar
    20. Kg. Sg Kantan
    21. Taman Sri Jambu Sg Langat
    22. Sg. Jeloh and Pekan Kajang
    23. Kajang Clinic, Jalan Kajang – Semenyih
    24. Kg. SG. Chua
    25. Jalan Reko at Traffic Light near Hentian Kajang
    26. Sg. Rekoh Downstream
    27. Kg. Sg Ramal Luar and Sg. Ramal Dalam
    28. Country Height

    29. Kg. Sg. Tangkas
    30. Kg. Teras Jenang
    31. Kg. Baru Cina Semenyih
    32. Klinik Kesihatan Jalan Semenyih
    33. Stesen Minyak Mobil Jalan Semenyih
    34. Kg. Rinching Hulu, Semenyih
    35. Kg. Jalan Enam Kaki, Sg Beranang/ Sg. Jai
    36. Kg. Bangi Lama and Commuter Station
    8. MPSp 1) Sungai Merab , Mukim Dengkil , Sepang
    2) Sebahagian kawasan Kampung Giching , Mukim Labu, Sepang
    3) Sebahagian kawasan Jenderam Hulu, Mukim Dengkil, Sepang
    4) Sebahagian kawasan Bukit Damar, Mukim Dengkil, Sepang
    5) Kawasan perindustrian Pulau Meranti, Mukim Dengkil , Sepang
    9. MDKL Tiada
    10. MDHS Tiada maklum balas
    11. MDKS 1) Bandar Seri Coalfields
    2) Bukit Saujana, Saujana Utama
    3) Bandar Puncak Alam
    4) Bandar Puncak Bestari
    5) Pembangunan Desa Kerayong
    6) Kampus UiTM, Puncak Alam
    12. MDSB Tiada

  3. Apa tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu pembangunan di kawasan cerun bukit?

    Setiap pembangunan yang terletak di kawasan cerun berbukit perlu disyaratkan untuk mendapatkan ulasan dan sokongan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), IKRAM, Unit Cerun JKR dan Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) untuk memastikan kawasan-kawasan yang cerun berbukit dibangunkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan

    Kerajaan Negeri juga telah memutuskan agar semua projek pembangunan yang melibatkan cerun Kelas III dibawa untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebelum diluluskan. Manakala projek di kawasan bercerun Kelas IV tidak dibenarkan sama sekali.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.