Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
135) MENARA TINJAU BUKIT AMPANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah hasil yang diperoleh oleh kerajaan negeri terhadap dari projek pembangunan Menara Tinjau Bukit Ampang sepanjang tahun 2008 Ð 2013?
- Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor terhadap projek pembangunan Menara Ampang Look Out Point dari tahun 2008 sehingga tahun 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Pendapatan 2008 RM 60,000.00 2009 RM 60,000.00 2010 RM 185,000.00 2011 – kini – Jumlah RM 305,000.00 -
Sila nyatakan usaha-usaha kerajaan negeri untuk membaik pulih Menara Tinjau Bukit Ampang dan pembangunan di kawasan sekitarnya sebagai pusat pelancongan di DUN Dusun Tua?
Bagi membaik pulih kawasan di Menara Tinjau Ampang, Kerajaan Negeri telah menjalankan satu kajian cerun di kawasan tersebut. Kajian tersebut telah dijalankan oleh pihak IKRAM bagi memastikan kawasan Menara Tinjau Ampang adalah selamat untuk dibuka kepada orang ramai. Hasil dari kajian tersebut, mendapati bahawa terdapat pergerakan tanah di kawasan bukit tersebut dan hampir keseluruhan kawasan Menara Tinjau adalah tidak sesuai untuk sebarang aktiviti dijalankan kerana struktur tanah yang tidak selamat. Pada masa yang sama, cadangan-cadangan pembaikan telah di cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri.
Pada masa ini semua aktiviti perniagaan telah ditutup dan pihak Majlis Perbandaran Kajang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kawasan Menara Tinjau Ampang tersebut.
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menutup sepenuhnya Menara Tinjau Ampang pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 8/ 2011 pada 2 Mac 2011 kerana kawasan tersebut adalah tidak selamat untuk sebarang aktiviti.