Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

132) ASET MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aset tunai dan tidak tunai MBI kini?

    Setakat 30hb September 2013, jumlah aset tunai MBI adalah RM374,333,369.47 dan jumlah Aset tidak tunai MBI adalah RM236,355,645.72.

  2. Nyatakan aset yang telah dijual, lokasi, nilai dan pembeli dari 2008 - 2013?

    Berikut adalah maklumat jualan aset milik MBI dari tahun 2008 hingga 2013

    Tahun Maklumat Aset MBI Yang Dijual
    2008 Tiada
    2009 Tiada
    2010 3Unit kedai Tmn Jati Rawang (RM2,400,000) – Sian Hock Seng Toyota Harrier (RM277,682) – Dato’ Ramli
    2011 Tiada
    2012 Tiada
    September 2013 Tiada
  3. Apakah strategi dan pelan MBI untuk mengukuhkan asetnya?

    Bertindak sebagai custodian aset dan sebagai agen pembangunan hartanah bagi pihak Kerajaan Negeri ianya adalah satu strategi bagi pengukuhan aset- aset

Lampiran

Tiada Lampiran.