Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

131) PRESTASI PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PIYS dari 2008 hingga 2013?

      2013

    Jan – Nov

    2012 2011 2010 2009 2008
    PENDAPATAN 65,670,354 70,841,275 79,904,087 75,481,136 93,514,094 94,405,005
    PERBELANJAAN 103,656,548 108,547,950 116,732,052 113,110,337 106,136,458 93,978,928
    UNTUNG/ RUGI SEBELUM CUKAI (37,986,194) (37,706,675) (36,827,965) (37,629,201) (12,622,364) 426,077
  2. Apakah strategi dan tindakan untuk memastikan keuntungan PIYS?

    PIYSB mempunyai dua entity pendidikan iaitu INPENS International College dan Universiti Selangor (UNISEL)

    Bagi UNISEL:

    Beberapa strategi sedang diatur untuk jangka pendek dan juga jangka panjang. “Financial Sustainability” adalah di antara strategi utama. Di antara strateginya adalah seperti terkandung di dalam plan strategik UNISEL 2013 – 2018:

    • Align resources to strategic priorities
    • Grow and diversify sources of income
    • Practice high standard of accountability
    • Effective cost management

    Manakala pelan tindakannya adalah:

    1. Implement effective budgeting system
    2. Establish professional & short courses programmes
    3. Establish part time and off-campus programmes
    4. Enhance consultancy and contract research
    5. Establish foundation for endowment fund
    6. Develop whole organization into financially accountable Small Business Units (SBUs)
    7. Practice organization-wide effective cost control measures and bad debt

    ISO 9000 Quality Management System (QMS) bagi pengurusan kewangan akan diimplementasikan. Manakala jangkaan bilangan pelajar mendaftar adalah 20,000 orang melalui berbagai mod.

    Bagi INPENS:

    Bilangan pelajar boleh ditingkatkan lagi, manakala latihan kemahiran secara kolaborasi dengan industri perlu ditingkatkan. Ini bagi menjamin keboleh pasaran lulusan INPENS. Dimana para graduan INPENS boleh terus mendapat pekerjaan. Prasarana kemudahan makmal juga perlulah ditingkatkan melalui kerjasama dengan industri-industri yang berkaitan.

  3. Apakah bidang aktiviti perniagaan, sumber kewangan dan projek PIYS?

    Bagi UNISEL – pendidikan, penyelidikan, latihan professional dan perniagaan. Contohnya Pusat Physiotherapy telah dibuka untuk dua tujuan iaitu pendidikan pelajar dan juga busines. Begitu juga dengan beberapa pusat atau institut lain seperti University centre for teaching and learning (UCTL) dan BIO-IT Selangor, yang boleh menjana sumber kewangan

     

    Bagi INPENS – latihan kemahiran dan kolaborasi projek dengan industri, termasuk industri perkhidmatan, seperti membuat pakaian, kecantikan dan pendandan rambut perlu dipertingkatkan lagi selain latihan kemahiran berbentuk industri perkilangan dan kejuruteraan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.