Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
114) HOSPITAL BESAR SHAH ALAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status terkini kerja-kerja pembinaan Hospital Besar Shah Alam dan bilakah ianya akan disiapkan sepenuhnya?
Kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam dijalankan oleh pihak kontraktor Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd dan dipantau oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Sehingga 15/12/13, kemajuan fizikal pembinaan adalah 73.95% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2104.
-
Sila huraikan kronologi proses pembinaan Hospital tersebut secara detail termasuk dengan keseluruhan kos pembinaan?
Proses pembinaan Hospital bermula dari bulan Februari 2007 oleh Syarikat Sunshine Sdn Bhd dan diberi tempoh menyiapkan projek sehingga 25 Jun 2011. Pada 3 September 2010, projek bersama Sunshine Sdn Bhd telah ditamatkan dengan kemajuan fizikal hanya 27%. Syarikat Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd telah ditauliahkan sebagai kontraktor baru dan mula mengambilalih dari bulan Oktober 2011. Syarikat Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd dijadualkan menyiapkan projek pada 18 Oktober 2013. Walaubagaimana pun EoT (Extension of time) telah diberikan kepada Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd sehingga penghujung tahun 2014. Huraian terperinci pembinaan – perlu rujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya selaku Pengarah projek.
Kos keseluruhan pembinaan adalah RM 482.6 juta
-
Sila nyatakan apakah kemudahan rawatan yang disediakan oleh Hospital tersebut dan bilakah ianya akan mula beroperasi?
Kemudahan rawatan yang disediakan oleh Hospital Shah Alam adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan Klinikal (Pesakit Luar dan Pesakit dalam):
- Perkhidmatan Kecemasan & Trauma
- Perubatan dan Hemodialisis
- Pembedahan
- Perbidanan dan sakit Puan
- Pediatric
- Orthopedic
- Ophthalmologi
- Otorhinolaryngologi (ORL)
- Anesthesiologi dan Rawatan Rapi
- Pergigian dan pembedahan oral
- Pergigian paediatrik
- Perkhidmatan Diagnostic
- Perkhidmatan diagnostic and Imaging
- Pathology Department dan Blood Bank
- Echo & Stress Test
- Allied Health Services
- Occupational Therapy
- Physiotherapy
- Dietetic Clinical Services
- Audiology
- Speech
- Counseling Services
- Medical Social Services
- Optometry Services
- Public Health Unit
- Medical Support Services
- Central Stores
- Pharmacy (Inpatient & Outpatient)
- Central Sterile Supply Unit
- Medical Records
- Health Education
Hospital Shah Alam dijangka akan mula beroperasi pada penghujung tahun 2014. Walau bagaimana pun ianya tertakluk kepada tarikh penyerahan bangunan dari pihak kontraktor kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.