Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

100) PROJEK RIVER OF LIFE (ROL) SG KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah butiran perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor?

    1. Projek River of Life (RoL) merupakan salah sebuah projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang melibatkan pembersihan di sepanjang sungai Klang. Projek ini melibatkan pelbagai pihak dan ia melibatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam pelaksanaan projek ini. Walau bagaimanapun, tiada perjanjian yang telah dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk projek
  2. Apakah butiran perjanjian antara RoL dengan PTDG yang melibatkan urusan tanah?

    1. Di bawah salah satu inisiatif utama yang telah dirangkakan di dalam pelaksanaan projek River of Life telah menetapkan bahawa pengalihan setinggan terhadap setinggan yang boleh mencemarkan kebersihan sungai Klang perlu dibuat. Antara kawasan setinggan kritikal yang dapat dikenal pasti adalah setinggan di kawasan Gombak.

     

    Hasil mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Oktober 2013 di Pejabat Tapak Projek Sg Klang, Ukay Boulevard yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Gombak telah bersetuju untuk membuat penempatan semula bagi IKS di AU3 dan membina PPR bagi penempatan semula setinggan di Kg Fajar. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan antara agensi dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) untuk keputusan muktamad. Dimaklumkan juga bahawa tiada perjanjian yang dibuat di antara ROL dan PTDG yang melibatkan urusan tanah.

  3. Senaraikan jumlah keluasan rizab sungai dan tanah kerajaan yang terlibat di bawah Projek RoL di DUN Hulu Kelang

    1. Pihak JPS Malaysia masih dalam proses penyediaan pelan untuk permohonan warta bagi kawasan Hulu Kelang. Oleh itu, keluasan rizab sungai masih belum dapat dikenalpasti.

Lampiran

Tiada Lampiran.