Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

91) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. MBI dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya telah menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2012. Apakah perkembangan dan status terkini penggunaan tabung pendidikan tersebut?

    Sehingga 31 Oktober 2013, jumlah biasiswa yang telah disalurkan adalah sebanyak RM433,415.65 dan baki Tabung Biasiswa adalah sebanyak RM9,566,584.35.

  2. Apakah syarat permohonan Biasiswa Menteri Besar dan nyatakan jumlah penerima setakat ini?

    1. Biasiswa ini terbuka kepada warga kerja dan anak-anak warga kerja bagi Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan lain-lain anak syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Syarat-syarat permohonan biasiswa bagi warga kerja dan anak-anak warga kerja adalah seperti di Lampiran A.

     

    Jumlah penerima biasiswa sehingga 31 Oktober 2013 adalah seperti berikut:-

     

    Bil Penerima Biasiswa Jumlah
    1 Warga Kerja 26 penerima
    2 Anak – Anak Warga Kerja 16 penerima
    Jumlah Keseluruhan 42 penerima

     

    1. Senarai jumlah penerima mengikut daerah dan kaum adalah seperti berikut:-

     

    Bil Daerah Jumlah Penerima Kaum
    1 Petaling 15 Melayu
    2 Klang 8 Melayu
    3 Kuala Selangor 4 Melayu
    4 Hulu Langat 4 3 Melayu

    1 Cina

    5 Hulu Selangor 3 Melayu
    6 Gombak 2 Melayu
    7 Kuala Langat 1 Melayu
    8 Sepang 1 Melayu
    9 Kuala Lumpur 2 Melayu
    10 Putrajaya 2 Melayu

     

    LAMPIRAN A

     

    1. SYARAT UMUM

    Calon hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah peningkatan kepada keberkesanan organisasi. Anak-anak syarikat / badan berkanun yang mencalonkan pegawai masing- masih juga boleh mengenal pasti kursus yang bersesuaian yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf atau setaraf dengannya.

     

    1. SYARAT KHUSUS
      • PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
        1. Terbuka untuk anak-anak warga kerja anak-anak syarikat yang berjawatan tetap dan kontrak serta telah disahkan ke dalam jawatan;
        2. Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM (sekurang-kurangnya 5A) atau STPM (sekurang-kurangnya 3A). Jawatankuasa boleh menggunakan budi bicara untuk menawarkan bantuan kepada anak-anak warga kerja yang berkelayakan sekiranya tidak terdapat permohonan yang memenuhi syarat ini; atau
    1. Telah mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK sekurang-kurangnya 3.0;
    • Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di Matrikulasi atau mana-mana IPT Awam dan Swasta yang

     

    2.2              PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH LANJUTAN / KURSUS PROFESIONAL

    1. Terbuka untuk warga kerja anak-anak syarikat yang berjawatan tetap dan kontrak serta telah disahkan ke dalam jawatan;
    2. Telah ditawarkan tempat di IPTA/IPTS/Institusi berkaitan;
    • Berjawatan tetap dan telah disahkan ke dalam jawatan serta telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bersama anak-anak syarikat/badan berkanun;

    1

     

    1. Warga kerja yang berkhidmat secara kontrak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun adalah layak untuk memohon sekiranya baki perkhidmatan melebihi (sekurang-kurangnya tiga [3] bulan) selepas tempoh pengajian ataupun tertakluk pada tempoh yang ditetapkan oleh anak-anak syarikat/ badan berkanun;
    2. Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ institusi-institusi yang berkaitan yang diiktiraf oleh MQA/ badan-badan bertauliah/profesional;
    3. Kursus / pengajian yang diambil mestilah diakreditasikan oleh MQA/ badan-badan bertauliah/profesional serta relevan dengan bidang tugas dan keperluan syarikat/ badan berkanun;
    • Mencapai sekurang-kurangnya tahap on target di dalam penilaian prestasi tahunan individu selama tiga (3) tahun berturut-turut dari tarikh permohonan;
    • Mempunyai rekod disiplin yang baik dan tiada dikenakan sebarang tindakan oleh Lembaga Tatatertib untuk tempoh 3 tahun;
    1. Permohonan mestilah mendapat sokongan dan pelepasan daripada Pengurus Besar/Ketua Pegawai Eksekutif;
    2. Tertakluk kepada ikatan perjanjian untuk berkhidmat bersama Syarikat selama tempoh
    3. Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut:

     

     

    PERINGKAT PENGAJIAN KELULUSAN PNGK ATAU SETARAF
    SARJANA MUDA SARJANA
    Sijil Tidak berkaitan
    Diploma Tidak berkaitan
    Sarjana 2.5 dan ke atas Tidak berkaitan
    PhD 2.5 dan ke atas Lulus
    Kursus profesional Tidak berkaitan

     

     

     

     

     

     

    2

     

    1. KEMUDAHAN

     

    • YURAN DAN ELAUN

     

    3.1.1        PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

     

    Anak-anak wargakerja yang berjaya akan ditawarkan Dermasiswa / Biasiswa dengan mengambil kursus ini secara sepenuh masa (full time). Elaun dan bantuan yang layak diterima adalah seperti berikut:

     

    BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR
    1. Yuran Pengajian Dibayar    berdasarkan    invois tuntutan oleh pihak IPT
    2. Elaun Buku (setahun) RM400
    3. Elaun Alat Tulis (setahun) RM400
    4. Elaun Sara Hidup (dibayar setiap tiga bulan sekali) RM700 sebulan

     

     

    3.1.2        PROGRAM     SIJIL    /     DIPLOMA     /     IJAZAH     LANJUTAN    /     KURSUS PROFESIONAL

     

    Pegawai-pegawai yang berjaya akan ditawarkan Dermasiswa / Biasiswa dengan mengambil kursus ini secara separuh masa (part time). Elaun dan bantuan yang layak diterima adalah seperti berikut:

     

     

    BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR
    1. Yuran Pengajian Dibayar    berdasarkan tuntutan oleh pihak IPT invois
    2. Elaun Buku (Setahun):  
      (i) Sijil / Diploma / Diploma Lanjutan RM 525
      (ii) Kursus Profesional RM 525
      (ii) Sarjana RM 750
      (iii) Doktor Falsafah (PhD) RM 825

     

    3

     

    BIL. BAYARAN/ ELAUN KADAR
    3. Elaun Alat tulis (setahun) RM 700
    4. Elaun Penyediaan Tesis (sekali sahaja):

    (i)  Diploma Lanjutan

    (ii)  Sarjana

    Kerja kursus (Coursework)    Penyelidikan (Research)

    (iii)  Doktor Falsafah (PhD)

     
      RM 400
       

    RM 1,500

    RM 3,000

    RM 6,000

     

    1. BIDANG TAJAAN

     

    Bidang Pengajian perlulah relevan dengan bidang tugas dan keperluan Syarikat tertakluk kepada kelulusan anak-anak syarikat dan badan berkanun.

     

    1. JADUAL PERMOHONAN

    Permohonan adalah diterima sepanjang tahun melalui pencalonan oleh anak-anak syarikat/ badan berkanun masing-masing.

     

    1. HAD UMUR DAN TEMPOH PENAJAAN MAKSIMUM
      • Had umur bagi pegawai menamatkan pengajian adalah seperti berikut:

     

     

    PERINGKAT PENGAJIAN HAD UMUR (TAHUN)* TEMPOH TAJAAN (TAHUN)
    Sijil / Diploma 50 2
    Diploma Lepasan Ijazah 50 2
    Sarjana 50 3
    Doktor Falsafah 50 5
    Kursus profesional Tiada Bergantung pada kursus

     

    *Kelayakan umur adalah tertakluk kepada jangkamasa pegawai dapat menghabiskan tempoh kontrak sebelum persaraannya.

    • Sekiranya pegawai tersebut perlu melanjutkan tempoh pengajian atas sebab gagal dalam mana-mana subjek atau purata nilai gred kumulatif (CGPA) kurang dari had minimum yang ditetapkan dan perlu mengulang (repeat) subjek atau semester, kos tersebut perlu dibiayai sendiri oleh pegawai

    4

     

    1. IKATAN PERJANJIAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SYARIKAT

     

    • PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

    Bagi anak-anak warga kerja anak-anak syarikat/badan berkanun yang menerima biasiswa tabung ini, sekiranya tiada tawaran diberikan oleh agensi berkaitan setelah tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh pengajian, tiada ikatan dikenakan dan mereka bebas untuk mencari pekerjaan lain.

     

     

    7.2  PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH LANJUTAN / KURSUS PROFESIONAL

    1. Sepanjang tempoh ikatan perjanjian, pegawai tidak dibenarkan sama sekali menamatkan perkhidmatan. Sekiranya pegawai menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh matang perjanjian tersebut, pegawai tersebut perlu membayar kembali keseluruhan jumlah yuran pengajian yang telah dibiayai oleh Tabung Pendidikan. Tempoh ikatan perjanjian adalah seperti berikut:

     

    Jumlah Biasiswa /

    Dermasiswa Yuran Pengajian

    (RM)

     

    Warga Kerja GLC

    Tempoh Ikatan
    10,000 ke bawah Tiada Ikatan
    10,001 – 30,000 2 Tahun
    30,001 – 50,000 3 Tahun
    50,001 – 70,000 4 Tahun
    70,001 – 90,000 5 Tahun
    90,001 – 100,000 6 Tahun

     

    1. Pegawai kontrak yang tidak diperbaharui kontrak perkhidmatannya atas sebab disiplin dan prestasi kerja yang tidak memuaskan perlu membayar keseluruhan kos pengajian yang telah dibayar oleh Tabung

     

     

     

     

     

     

     

    5

     

    1. GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN

    Anak-anak kakitangan atau kakitangan GLC yang gagal menamatkan pengajian atas sebab-sebab yang akan dipertimbangkan sahaja oleh Jawatankuasa Pentadbiran perlu membayar 30% daripada jumlah biasiswa yang telah dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan secara tunai atau ansuran dengan tempoh maksimum enam puluh (60) bulan atau bergantung pada tempoh persaraan atau tamat kontrak.

     

    1. LAIN-LAIN

     

    Bagi anak-anak warga kerja anak-anak syarikat/badan berkanun yang menerima biasiswa tabung ini, tidak boleh menerima lain-lain penajaan daripada mana-mana yayasan, tabung atau Kerajaan Persekutuan.

    Bagi sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi: En. Mahadhir bin Karim

    Perbendaharaan Negeri Selangor,

    Bahagian Analisa Pemantauan Pelaburan dan Pinjaman, Tingkat 11, Bangunan SSAAS,

    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 03-5521 2328

    No. fax: 03-5544 7659

     

  3. Sila senaraikan jumlah penerimaÐpenerima biasiswa tersebut mengikut daerah dan kaum?

Lampiran

Tiada Lampiran.