Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
75) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan-kawasan cerun Kelas III dan IV yang ditolak permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
- MMKN Selangor Bil. 11/2010 telah meluluskan pemakaian Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor (2010) bagi pembangunan di kawasan berkecerunan kelas III dan IV di seluruh Negeri Selangor. Kelas-kelas kecerunan mengikut takrifan garis panduan adalah seperti berikut:
- Kelas I : Darjah kecerunan < 150
- Kelas II : Darjah kecerunan > 150 hingga < 250
- Kelas III : Darjah kecerunan > 250 hingga < 350
- Kelas IV : Darjah kecerunan > 350
- Cerun potongan : Kawasan cerun yang telah dikacau ganggu sama ada terdiri dari engineered slope atau disturbed slope.
Secara amnya, garis panduan ini merumuskan bahawa bagi kawasan berkecerunan kelas I dan II, semua jenis pembangunan adalah dibenarkan. Manakala bagi kawasan berkecerunan kelas III, hanya pembangunan berdensiti rendah iaitu kediaman tidak melebihi 3 tingkat bagi rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah serta perniagaan free standing dengan nisbah plot maksimum 1:2. Bagi kawasan berkecerunan kelas IV, tiada sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur berkepentingan nasional dan berintensiti rendah sahaja yang dibenarkan.
Selaras dengan itu juga, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah ditubuhkan bagi meneliti dan memperakukan permohonan yang terlibat dengan kawasan berkecerunan kelas III dan IV sebelum permohonan
pembangunan tersebut dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan kebenaran merancang.
Sukacita juga saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa semua projek-projek yang dikemukakan untuk pertimbangan JTPKSAS Negeri Selangor bukanlah mengandungi kelas III dan IV kesemuanya. Malah dalam banyak keadaan, permohonan yang dikemukakan adalah terdiri dari kelas bercampur iaitu kelas I, II, III dan IV. Malah kawasan kelas III dan IV merangkumi sebahagian peratusan sahaja berbanding keluasan keseluruhan tapak pemajuan.
Maklumat-maklumat untuk makluman Dewan yang mulia ini adalah merujuk kepada permohonan cadangan pembangunan yang telah dirujuk untuk pertimbangan JTPKSAS Negeri Selangor bermula pada Jun, 2010 sehingga tahun 2012 dan bukannya maklumat yang telah dipertimbangkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam mempertimbangkan cadangan pemajuan yang melibatkan tanah tinggi, laporan-laporan berkaitan telah disediakan oleh perunding yang dilantik oleh pemaju seperti laporan kajian geoteknikal, pemetaan geologi terain, laporan kerja tanah, laporan pelan kawalan mendapan dan hakisan (ESCP), laporan reka bentuk sistem saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) 2012 serta lain-lain laporan berkaitan (mengikut keperluan). Laporan-laporan tersebut telah diedarkan kepada jabatan teknikal berkaitan untuk ulasan. JTPKSAS hanya akan membincangkan permohonan tersebut setelah ulasan-ulasan diterima daripada jabatan teknikal berkaitan.
Cadangan pemajuan di kawasan berkecerunan Kelas III dan IV yang tidak diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor, 2010 – 2012
Sepanjang tahun 2010 – 2012, JTPKSAS Negeri Selangor tidak memperakukan dua permohonan atas faktor-faktor ketidak sesuaian pembangunan tersebut yang tidak menepati Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor (2010) iaitu seperti berikut :
i) Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pindaan Pelan Pembangunan Bercampur Di Atas Lot 96, 149, 452, 453 Dan 454, Mukim Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Angel Wing (M) Sdn. Bhd.
- Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Kondominium Yang Mengandungi:
a) Blok A Setinggi 26 Tingkat (Berjumlah 182 Unit) Serta Kemudahan Dewan Serba guna, Gimnasium, Bilik Baca, Dobi,
Pasar Mini, Tempat Rehat/Cafe, Tadika) Dan 5 Tingkat Bawah Aras Jalan Untuk Tempat Letak Kereta.
b) Blok B Setinggi 19 Tingkat (Berjumlah 126 Unit) Serta Kemudahan (Dewan Serba guna, Gimnasium, Bilik Baca, Dobi, Pasar Mini, Tempat Rehat/Cafe, Tadika) Dan 5 Tingkat Bawah Aras Jalan Untuk Tempat Letak Kereta.
Di Atas Lot Pt1073 Dan PT 1074, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Temasek Premium Sdn. Bhd.
-
Senaraikan pula yang diluluskan permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.
a) Permohonan-permohonan yang telah diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor, 2010 – 2012
Berikut adalah senarai permohonan yang telah diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor bagi tahun 2010 – 2012:
TAHUN PERMOHONAN PBT 2010
1. Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Di Bawah Seksyen 204d KTN, Di Atas Lot 234, 395 Dan 397, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Seksyen U17, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan PPC-Glomac Sdn. Bhd. MBSA
2010
2. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur Bagi Pembangunan Perumahan Di Atas Tanah Seluas 16.80 Ekar, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Seksyen U10, Shah Alam Untuk Tetuan Dacing Kota Sdn. Bhd.
MBSA
2010
3. Kertas Permohonan Kelulusan Secara Serentak Bagi Pelan Kebenaran Merancang Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Perparitan, Landskap, Pelan Bangunan Perumahan Di Atas Lot 163, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Turf-Tech Sdn. Bhd. MBSA
2010
4. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pelan Induk Di Bukit Serai, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan TPPT Sdn. Bhd.
MPS
TAHUN PERMOHONAN PBT 2010
5. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pindaan Pelan Susun atur (Bil.: PKNS/SPANLAND(PR)/G/0411PL1-A) Bertarikh 31hb Januari 2008) Di Atas Lot PT 24263 HS(D) 49212 Lot PT 27264 HS(D) 49213, Lot PT 27265 HS(D) 52089 Dan Tanah Kerajaan Milik PKNS, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Untuk Tetuan PKNS Dan Spanland Sdn. Bhd. MPS
2010
6. Permohonan Kebenaran Bagi Cadangan Pelan Susun atur Industri Berkembar 56 Unit Di Atas Lot 19003, Seksyen 19, Bandar Rawang, Daerah Gombak Untuk Tetuan SMS Development Sdn. Bhd.
MPS
2010
7. Permohonan Pindaan Kebenaran Merancang Terhadap Sebahagian Pelan Susun atur Yang Telah Diluluskan (Bil. Surat: (12) Dlm. MPKj Pb/Km 1/68-2002) Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Dan Perniagaan Di Atas PT 69787 (Sebahagian Lot Asal Lot 41146), Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Trans Loyal Development Sdn. Bhd.
MPKJ
2010
8. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Tukar Syarat Daripada Tiada Kepada Bangunan Perumahan Di Bawah Seksyen 124a, Kanun Tanah Negara, Di Atas Lot 2717, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Wangmatics Sdn. Bhd. MPKJ
2010
9. Permohonan Kebenaran Merancang Cadangan Serah balik Dan Beri milikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara Bagi Pembangunan Perumahan Di Atas Lot PT 1495/1, PT 1495/2 Dan PT 1495/4, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. MPKJ
2010
10. Permohonan Kebenaran Bagi Cadangan Pembangunan Pusat Latihan Saudara Baru (Baitul Hikmah) Di Atas Sebahagian Hak milik HSD 40183 PT 8789, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor, Selangor
MDHS
TAHUN PERMOHONAN PBT Darul Ehsan Untuk Tetuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 2011
11. Permohonan Pembangunan Bercampur Secara Beri milikan Tanah Kerajaan Seluas 29.11 Ekar, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Apex Capacity Sdn. Bhd. MBSA
2011
12. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susun atur Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Dan Perdagangan, Di Atas Tanah Pemberimilikan Seluas 200 Ekar, Seksyen U10, Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Basco Sdn. Bhd.
MBSA
2011
13. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Projek Perumahan Dimajukan Secara Usaha sama Di Antara Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) Dengan Syarikat Tetuan Agro Fresh (M) Sdn. Bhd., Di Atas Lot 23739, 23740 Dan Lot 23741, Seluas 35.01 Ekar, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). MBPJ
2011
14. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pecah Sempadan Mengikut Seksyen 135 (Kanun Tanah Negara 1965) Dan Pembangunan 795 Unit Rumah Teres 3 Tingkat Serta 1 Tingkat Tempat Letak Kereta (Pemilikan Berstrata 1985) Di Atas Lot 44012 (HS(D) 222396), Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Mammoth Empire Land Sdn. Bhd.
MBPJ
2011
15. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Serah Balik Kurnia Semula Di Bawah Seksyen 197 Dan 79 Kanun Tanah Negara (Ktn) Untuk Pembangunan 8 Unit Rumah Sesebuah (2 Tingkat Dan 1 Tingkat Separa Bawah Tanah ) Di Atas Lot PT 360, PT 361, PT 362, PT 584, PT 585, PT 586, PT 587 Dan Sebahagian Tanah Kerajaan, Jalan 5/64, Seksyen 19, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul
MBPJ
TAHUN PERMOHONAN PBT Ehsan Untuk Tetuan MDS Ventures Sdn. Bhd. 2011
16. Permohonan Kebenaran Merancang Kepada Pelan Yang Telah Diluluskan Oleh Majlis Perbandaran Selayang Dengan Rujukan Surat Bil.(22) Dlm MPS 3/3- 120/856 Bertarikh 1 Ogos 2007 Bagi Cadangan Pembangunan 60 Unit Lot Sesebuah Skim ”Gated Community” Di Bawah Seksyen 6(1A) Akta 318 (Hak Milik Strata 1985) Di Atas Lot 5070 (Fasa 5a) Templer Park Resort, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Bras Sanctury Property Sdn. Bhd.
MPS
2011
17. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susun atur Bagi Cadangan Membina Sebuah Bangunan ‘Cold Room’ 5 Tingkat Di Atas Lot PT 31117 (1713), Mukim Batu, Daerah Gombak, Bandar Baru Selayang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan SK Land & Property Sdn.Bhd.
MPS
2011
18. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pindaan Terhadap Pelan Yang Telah Diluluskan (Pelan Bil. MPKJ/PB/KM/113- 2004) Di Atas Lot 12681, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Tanming Indah Sdn. Bhd. MPKJ
2011
19. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Di Bawah Seksyen 204A Untuk Cadangan Bangunan Perniagaan Di Atas Lot PT 24376, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sunrise Alliance Sdn. Bhd.
MPKJ
2011
20. Permohonan Pecah Sempadan Dan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124 A, Kanun Tanah Negara 1965 Dan Pembangunan 90 Unit Rumah Teres Strata Di Bawah Seksyen 6(1a), Akta 318 (Akta Hak milik Strata 1985) Di Atas Lot 5717 Dan Lot 1953, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Dijaya Property Sdn. Bhd. MPKJ
TAHUN PERMOHONAN PBT 2011
21. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204A, Kanun Tanah Negara (KTN), Daripada Pertanian Kepada Bangunan, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Euthenia Land Sdn. Bhd. MPKJ
2011
22. Cadangan Pembangunan Perumahan 88 Unit Banglo Di Atas HS(D) 18814 Pt 11527 (Lot Asal 11641) Taman Tun Abdul Razak, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Untuk Tetuan Taman Tar Development Sdn. Bhd.
MPAJ
2011
23. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Membina 1 Unit Rumah Sesebuah 3 Tingkat (Termasuk 1 Separa Bawah Tanah) Di Atas Lot 6842 (4784), Jalan Tebrau 1, Taman Ukay Heights, Bandar Hulu Klang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Triple Esteem Sdn. Bhd.
MPAJ
2011
24. Permohonan Kebenaran Merancang Secara Serentak Dengan Tukar Syarat Nyata Tanah Daripada Tiada Kepada Kediaman Bagi Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Banglo 3 Tingkat Berserta Kolam Renang Di Atas Lot 1614, Taman Ukay Heights, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Graham Murray Davidson. MPAJ
2011
25. Permohonan Kebenaran Merancang Secara Serentak Dengan Tukar Syarat Nyata Tanah Daripada Tiada Kepada Kediaman Bagi Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Banglo 3 Tingkat Berserta Kolam Renang Di Atas Lot 1615, Taman Ukay Heights, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Paul Leslie Smith. MPAJ
TAHUN PERMOHONAN PBT 2011
26. Permohonan Kebenaran Merancang Secara Serentak Dengan Tukar Syarat Nyata Tanah Daripada Tiada Kepada Kediaman Bagi Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Banglo 3 Tingkat Berserta Kolam Renang Di Atas Lot 1616, Taman Ukay Heights, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Illona Russell Nee Ilona Finnigan. MPAJ
2011
27. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Di Bawah Seksyen 204, KTN Untuk Pembangunan Perumahan Skim Komuniti Berpagar Di Bawah Seksyen 6 (1a) Akta 318 (Akta Hak milik Strata 1985) Di Atas Lot 584, 585 Dan 599 Seluas 14.72 Ekar Mukim Ulu Klang Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Aman Kemensah Sdn Bhd (Dahulunya Dikenali Sebagai Tenterajaya Sdn Bhd).
MPAJ
2011
28. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Satu Unit Rumah Banglo 2 Tingkat Dan 1 Aras Bawah (Basement), Di Atas Lot 16700 Dan Lot 16701, Taman Melawati, Bandar Ulu Kelang, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Puan Lum Mun Yee.
MPAJ
2011
29. Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172, Bagi Cadangan Pindaan Pelan Susun atur Untuk Tujuan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Tanah Di Bawah Seksyen 124a, Kanun Tanah Negara (KTN) Daripada Pertanian Kepada Bangunan, Di Atas Lot 15687 Seluas 90.56 Ekar, Mukim Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sierra Ukay Sdn. Bhd.
MPAJ
TAHUN PERMOHONAN PBT 2011
30. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah, Di Bawah Seksyen 204d, Kanun Tanah Negara, Untuk Pembangunan Sekolah Agama Kiblah, Di Atas Lot 30774 (No. Hak milik Pn) 43378), Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk : Tetuan Prisma Cabaran Sdn. Bhd. MPSPG
2011
31. Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 Akta 172 Bagi Cadangan Membina Kompleks Pusat Latihan Juvana Di Atas Lot 2238, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan : Jabatan Penjara Malaysia
MPSPG
2011
32. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan : Perumahan Berkembar 2 Tingkat (52 Unit), Perumahan Berkembar 3 Tingkat (164 Unit), Perumahan Sesebuah 3 Tingkat (5 Unit), Perumahan Sesebuah 3 Tingkat (5 Unit), 1 Unit Surau Dan 1 Unit Rumah Pengawal Di Bawah Skim ‘Guarded & Gated Community’ Mengikut Seksyen 6(1a) Akta 318 (Akta Hak milik Strata 1985) Di Atas PT 26774 Seluas 34.86 Ekar, Jalan B15 (Baru) Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Cyberview Sdn. Bhd.
MPSPG
2012
33. Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172,Bagi Tujuan Serah Balik Dan Kurnia Semula Di Bawah Seksyen 204d (KTN), Di Atas Lot 3451, Lot 3420, Lot 1442, Lot 1383, Lot 1444, Sebahagian Lot 1245 Dan Lot 1381, Mukim Rawang, Daerah Gombak,Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Kundang Properties Sdn.Bhd
MPS
2012
34. Cadangan Permohonan Pelan Susun atur Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan, Rumah Kelab Dan Komersil Di Atas Sebahagian Lot 18506 Dan Lot 1048, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan MPS
TAHUN PERMOHONAN PBT Pinggir Mentari Sdn. Bhd. 2012
35. Permohonan Kertas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204A, Kanun Tanah Negara (KTN), Daripada Pertanian Kepada Bangunan (Kediaman) Di Atas Lot 1449, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Untuk Tetuan Dream Land Development Sdn. Bhd MPKJ
2012
36. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Serah balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204 A, Kanun Tanah Negara (KTN), Daripada Pertanian Kepada Bangunan (Kediaman) Di Atas Lot 1450 & 1564, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Juta Development Sdn. Bhd.
MPKJ
2012
37. Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Tujuan Menukar Syarat Kegunaan Tanah Dan Pecah Sempadan Secara Serentak Di Bawah Seksyen 124a Kanun Tanah Negara (Ktn) Daripada Perindustrian Kepada Bangunan Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Dan Perniagaan Di Atas Lot 7989, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk : Pemilik Kajang Granite Quarry Sdn. Bhd. Pemaju Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. MPKJ
2012
38. Permohonan Kebenaran Bagi Pelan Susun atur Perumahan Strata Secara Komuniti Berpengawal Dan Berpagar Di Bawah Seksyen 6 1a Akta 318 (Akta Hak milik Strata 1985) Di Atas Lot 1108 (Lot Lama Pt 243740) Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Untuk Tetuan Lucky Bright Star Sdn. Bhd.
MPKJ
TAHUN PERMOHONAN PBT 2012
39. Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 Akta 172 Bagi Tujuan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Secara Serentak Di Bawah Seksyen 124a Kanun Tanah Negara Bagi Cadangan Pembangunan 136 Unit Garden Villa Yang Mempunyai 30 Unit Jenis A (4 Tingkat), 82 Unit Jenis B (4 Tingkat) Dan 24 Unit Jenis C (5 Tingkat) Di Atas Lot 1527 (Gm 1112), Mukim Cheras Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Rasa Selesa Sdn. Bhd.
MPKJ
2012
40. Permohonan Kebenaran Merancang Secara Serah Balik Dan Kurnia Semula Di Bawah Seksyen 204a, Kanun Tanah Negara Di Atas Lot 18370 (PT 21628) Seluas 448.61 Ekar, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Untuk Tetuan UEM Land Development MPKJ
2012
41. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pembangunan Skim “Gated Community” Di Bawah Seksyen 6(1A) (Akta Hakmilik Strata 1985) Di Atas Lot 1224, 1234 Dan 1235, Kemensah, Mukim Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Superior Dignity Sdn. Bhd.
MPAJ
2012
42. Permohonan Pindaan Kebenaran Merancang Pelan Susun atur Yang Telah Diluluskan Bernombor Rujukan Bil. 11/5/350 Bertarikh 16hb. Februari, 2007 Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Di Bawah Seksyen 6(1), Akta 318 (Gated Community) Di Atas Lot 15283, Seksyen 2, Bandar Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Ketapang Reality Sdn. Bhd.
MPAJ
2012
43. Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susun atur Bagi Cadangan Pecah Sempadan Dan Menukar Syarat Tanah Di Bawah Kaedah-kaedah Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Di Bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 Di Atas Sebahagian Lot 25 Dan Sebahagian Lot 26, Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul MDHS
TAHUN PERMOHONAN PBT Ehsan Untuk Tetuan Berjaya City Sdn. Bhd. 2012
44. Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21(1) Akta 172 Untuk Tujuan Pembangunan Sebuah Resort Golf 18 Lubang Di Atas Lot 2746, 2747, 2748, 2749, 2750 Dan 2849, Bagi Fasa 1 Dan Pelan Konsep Bagi Fasa 2, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Mines Golf City Sdn. Bhd. MDHS
-
Bagi b), berapakah permohonan yang diluluskan setiap tahun dari 2008 - 2012.
a) Permohonan yang diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor setiap tahun dari 2010 – 2012
Secara ringkasnya, jumlah permohonan yang telah diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor bagi tahun 2010 – 2012 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Permohonan 2010 10 2011 22 2012 12 Jumlah Permohonan Keseluruhan 44 Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk memperketatkan peraturan-peraturan pembangunan di kawasan tanah tinggi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Bil. 15/2013 bertarikh 5hb Jun 2013 telah bersetuju supaya permohonan pembangunan di kawasan kelas III dibentangkan di dalam Mesyuarat EXCO-MTES untuk tujuan perakuan sebelum permohonan tersebut dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan kebenaran merancang. Sehubungan itu, setiap permohonan yang telah dipertimbangkan dan diperakukan oleh JTPKSAS akan dirujuk ke Mesyuarat EXCO-MTES.
Di samping itu, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sedang memuktamadkan pindaan ke atas garis panduan sedia ada untuk memantapkan lagi syarat-syarat teknikal bagi memastikan pembangunan di kawasan berkecerunan Kelas III adalah teratur dan mematuhi aspek-aspek reka bentuk kejuruteraan yang ketat.