Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

74) PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada kajian semula syarat lantikan kontraktor berdasarkan kelayakannya dengan keluasan Zon dan kepadatan penduduk?

    1. Sejak Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa pepejal daripada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri melalui PBT telah bersedia untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Sehubungan itu, setiap lantikan kontraktor telah disyaratkan di dalam tender adalah amat jelas sebelum lantikan dibuat melalui jawatankuasa tender dan dianggotai oleh Ahli Majlis yang terpilih sebagai pemerhati bagi memastikan perjalanan mesyuarat pemilihan berjalan dengan baik dan telus. Kontraktor yang dilantik oleh PBT adalah kontraktor yang berkelayakan dan mengikut syarat- syarat kelayakan di dalam tender. Antara kriteria pemilihan kontraktor adalah:-

     

    1. Syarikat mesti memiliki kekuatan logistik yang

     

    1. Mempunyai modal cair yang kukuh bagi mengelakkan sebarang masalah pengurusan.

     

    • Mempunyai penyeliaan sepanjang tempoh kontrak dengan

     

    1. Mempunyai bukti bilangan pekerja yang mencukupi bagi setiap kawasan yang akan

     

    Sekiranya ada pertambahan kerja (Verification Order) baru di kawasan lantikan kontraktor, Mesyuarat Lembaga Tender akan memutuskan kelulusan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat tender dan tatacara kewangan.

  2. Apakah kempen memberi kesedaran penduduk dalam pengurusan sampah Berjaya?

    1. Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT telah merancangkan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat. Pelaksanaan rancangan ini terbukti berjaya kerana di peringkat PBT aduan berkenaan sampah sarap tidak dikutip adalah semakin berkurangan kerana adanya kempen-kempen kesedaran ini. Antara kempen-kempen yang telah dijalankan ialah:-

     

    1. “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam semula sekitar;

     

    1. Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) diperkenalkan kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal;

     

    • Program “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan pada setiap hari Jumaat bagi bangunan-bangunan kerajaan dan pada setiap hari Sabtu dilaksanakan di seluruh pasar raya – pasar raya di Negeri Selangor; dan

     

    1. Program “Zon Bersih” juga diperkenalkan kawasan-kawasan
  3. Adakah kajian dan siasatan penggunaan kompaktor secara maksima punca kepada masalah kerosakan infra?

    1. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius terhadap masalah kerosakan infrastruktur di dalam Negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah menyediakan saluran ‘hot-line’ aduan di setiap PBT masing-masing. Namun setakat ini, tiada sebarang aduan berhubung penggunaan lori kompaktor secara maksima punca kepada masalah kerosakan infra. Sehubungan itu, tiada kajian dibuat oleh Kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.