Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

73) ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah keberkesanan program Hari Tanpa Plastik kepada sikap dan cara hidup rakyat negeri Selangor selepas program tersebut berjalan dalam tempoh 5 tahun ini?

    1. Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk mengkaji keberkesanan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Negeri Selangor dan mengambil langkah-langkah bagi menambah baik perjalanan kempen sedia ada bagi memastikan objektif kempen dapat dicapai.
  2. Apakah kerajaan negeri sudah mempunyai model kejayaan pelaksanaan program Local Agenda 21 (LA21), jika ada, dan jika tiada, apakah kerajaan negeri ada cadangan mewujudkan suatu program perintis untuk dijadikan contoh bagaimana program LA21 boleh dijayakan?

    Local Agenda 21 (LA21) berasal dari persidangan Earth Summit di persidangan Rio de Janeiro yang telah diadakan pada Jun 1992. LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Terdapat beberapa program yang telah dijalankan di bawah pelaksanaan Program LA21 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Jabatan Kerajaan di Peringkat Negeri Selangor. Antara program yang telah dilaksanakan dan boleh dijadikan perintis adalah seperti berikut:

     

    • Program Pengindahan Bandar Warisan Kuala Kubu Baharu

     

    • Program Pengindahan Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu ini merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) bagi menjayakan pelaksanaan Agenda 21 Selangor di Peringkat PBT ke arah mewujudkan persekitaran yang mampan. Pelaksanaan program ini diadakan bersama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bertujuan untuk memelihara dan memulihara Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai Bandar Warisan. Program ini melibatkan penyertaan daripada kesemua lapisan pegawai JPBD Negeri Selangor, MDHS,

     

    wakil Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), wakil PBT, wakil Jabatan Teknikal, pelajar sekolah dan penduduk setempat.

     

     

    • Program Pemuliharaan Alam Semula jadi Anjuran JPBD Selangor Bersama Majlis Daerah Sabak Bernam

     

    • JPBD Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menjayakan Program Pemuliharaan Alam Semula jadi yang bertempat di Kawasan Konservasi Kelip-Kelip, Sungai Pakeh, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 6 Julai 2013. Program tersebut adalah selaras dengan pelaksanaan Agenda 21 Tempatan (LA21) di peringkat PBT. Matlamat utama program adalah untuk mempertingkatkan kesedaran kepada orang ramai kepentingan memelihara alam sekitar terutamanya habitat kelip- kelip yang bukan sahaja merupakan aset kepada pelancongan Negeri Selangor tetapi menjadi tarikan khususnya Daerah Sabak Bernam. Program ini melibatkan penyertaan daripada kesemua lapisan pegawai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Teknikal, NGO dan penduduk

     

Lampiran

Tiada Lampiran.