Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
69) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (BANTUAN TUNAS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan skim-skim iaitu TUNAS dan SIKEMBAR. Malangnya, setakat ini, pembayaran bagi skim TUNAS telah pun dibayar kepada pengusaha tadika yang berdaftar dengan kerajaan negeri dari bulan Januari hingga bulan Jun sahaja. Mengapakah bayaran tersebut dikumpulkan sekali gus sehingga menyebabkan kesulitan kepada pengusaha tadika?
- Pihak kerajaan negeri ingin memastikan jumlah sebenar serta status tadika dan pelajar yang terlibat dalam program ini seperti kewujudan tadika dan tadika yang beroperasi. Dengan itu, bayaran dapat dipastikan diterima oleh golongan sasaran sehingga ke akar umbi iaitu pelajar yang layak.
-
Bilakah Kerajaan negeri dijangka akan membuat bayaran sepenuhnya untuk bulan Julai hingga Disember kerana sesi persekolahan 2013 hampir tamat?
Kerajaan negeri telah membuat bayaran sepenuhnya kepada semua tadika yang terlibat, iaitu pada 1 November 2013 (bagi bulan September – November) pengeluaran cek dan pengagihan cek telah bermula pada 10 November 2013.