Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
66) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah cara pengambilan peserta dan penghebahan kepada golongan belia untuk menyertai bimbingan ini?
- Program-program bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda akan dihebahkan melalui akhbar milik Kerajaan Negeri, lawan web dan surat hebahan kepada Pejabat-pejabat Daerah termasuk penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung tradisi, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan dan Pejabat Pertanian, Perkhidmatan Veterinar dan Perikanan peringkat Negeri dan daerah, agensi-agensi kerajaan di Negeri Selangor dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Pengambilan peserta adalah terbuka kepada
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan bagi memastikan manifesto ini mencapai matlamatnya?
- Jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi program-program sedia ada di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM2.2 juta. Walau bagaimanapun, sekiranya wujud keperluan peruntukan tambahan, ianya akan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan.
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan mengikut daerah dan DUN dari 2008 hingga kini?
- Program –program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah mengikut daerah. Berikut adalah program-program keusahawanan yang telah mengikut daerah dari tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti berikut:-
PROGRAM SEMINAR USAHAWAN 2008 2009 2010 2011 2012 1. Seminar Peringkat Daerah 990 2. Seminar Peringkat PBT 2570 PROGRAM SEMINAR USAHAWAN 2008 2009 2010 2011 2012 3. Program Bersama Usahawan Kontraktor 750 4. Program Seminar Usahawan Siswazah (UNISEL) 490 JUMLAH 4800 KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN 2008 2009 2010 2011 2012 1. Penerima Dana IKS 144 93 90 74 99 2. Pelajar (INPEN & UNISEL) 100 JUMLAH 144 93 90 74 199 KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN 2008 2009 2010 2011 2012 1. Pelajar (INPEN & UNISEL) 80 JUMLAH 80 KURSUS USAHAWAN SISWAZAH 2008 2009 2010 2011 2012 1. Pelajar (INPEN & UNISEL) 80 JUMLAH 80 KURSUS TERNAKAN AIR TAWAR 2008 2009 2010 2011 2012 1. Peserta PKPS 92 JUMLAH 92 KURSUS ‘TRAIN THE TRAINERS’ 2008 2009 2010 2011 2012 1. Pejabat Daerah Dan PBT 37 JUMLAH 37