Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

60) PRESTASI SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perolehan pendapatan dan keuntungan SSIC 2008-2013?

    Rekod perolehan pendapatan dan keuntungan SSIC Berhad dari Tahun 2008 hingga September 2013 adalah seperti berikut:-

    TAHUN PENDAPATAN (RM) KEUNTUNGAN (RM)
    2008 4,916,903.00 1,046,484.00
    2009 4,392,931.00 540,700.00
    2010 5,048,510.00 113,835.00
    2011 6,979,855.00 1,078,694.00
    2012 6,620,600.00 514,204.00
    September 2013 4,361,332.00 114,760.00

    Sumber: Laporan Audit Tahunan SSIC Berhad

  2. Apakah projek-projek utama SSIC dan prestasinya?

    SSIC merupakan agensi penggalakan pelaburan milik Kerajaan Negeri yang diwujudkan khusus untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan membantu para pelabur di negeri Selangor. Bersesuaian dengan objektif utama penubuhan, SSIC tidak dibenarkan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan dan berorientasikan

     

    Dalam merealisasikan projek-projek pelaburan di Negeri Selangor, SSIC bertindak selaku pemudah cara/fasilitator kepada para pelabur sama ada pelabur tempatan mahupun pelabur asing.

     

    Dalam melaksanakan program-program promosi, program yang dilaksanakan tidak berorientasikan keuntungan seperti penganjuran dialog, seminar, pameran, misi pelaburan ke luar Negara, business matching dan sebagainya.

  3. Apakah strategi SSIC untuk meningkatkan prestasi pendapatannya?

    1. SSIC merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri yang diwujudkan khusus untuk membantu para pelabur di Negeri Selangor. Walaupun SSIC ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1665, tetapi SSIC bukanlah sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan. Oleh yang demikian, prestasi pendapatan bukanlah menjadi fokus utama SSIC Berhad, sebaliknya SSIC harus fokus kepada tugas- tugas sebagai pemudah cara urusan pelaburan di Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.