Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
56) KECICIRAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TIDAK BERSEKOLAH SRA ATAU KAFA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa ramai jumlah pelajar Islam di Sekolah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor dan berapa ramai pelajar di SRA dan KAFA di Negeri Selangor. Senaraikan pecahan mengikut Daerah di Negeri Selangor?
- Pecahan jumlah murid beragama Islam mengikut Daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
BIL
DAERAH
MURID ISLAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN MURID SRA & KAFAI PERBEZAAN
1. KLANG 49760 38587 11173 2. K.LANGAT 17445 16237 1208 3. K.SELANGOR 19270 18642 628 4. H.LANGAT 54949 38602 16347 5. H.SELANGOR 14612 12138 2474 6. S. BERNAM 9224 9879 655 7. GOMBAK 48831 28020 20811 8. PETALING 79607 47622 31985 9. SEPANG 13989 13181 808 JUMLAH 307687 222908 86089 -
Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan semua pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan bersekolah SRA atau KAFA?
Rancangan Kerajaan ialah mewajibkan setiap murid yang beragama Islam bersekolah di SRA atau KAFA dengan meminda Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam Negeri Selangor No.2/1988 pindaan 7/2001.
-
Berapakah anggaran peruntukan diperlukan untuk memastikan pelaksanaan program ini?
Anggaran peruntukan diperlukan untuk memastikan pelaksanaan program tersebut ialah 86,089 (Jumlah murid tidak bersekolah) X 42 (Kos seorang murid KAFA) = RM52,980,892.38