Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
47) DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAI RAYA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah dewan orang ramai ataupun balai raya yang telah dibina di dalam kawasan Balakong bagi tempoh lima tahun yang lalu?
Tiada dewan orang ramai ataupun balai raya dibina dalam kawasan Balakong dalam tempoh lima tahun yang lepas.
-
Adakah pihak kerajaan merancang untuk membina dewan dan balai raya tersebut pada masa akan datang?
- Pihak Majlis sedang mengenal pasti tapak dengan menggunakan wang caj pemajuan yang dikutip bagi membina satu dewan orang ramai di setiap DUN dalam kawasan pentadbiran MPKj.