Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
40) RIZAB TANAH KERAJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Meru. Berapakah tindakan dan operasi yang telah dilaksanakan serta keberkesanannya?
Satu (1) Operasi meroboh telah dilaksanakan di Jalan Teratai, Meru pada 28.08.2013 yang melibatkan 16 gerai makan. Kini seluruh kawasan telah dibersihkan.
-
Senaraikan lokasi pencerobohan dan status?
- Tiga (3) operasi kini dalam tindakan iaitu:
- Projek Menaik taraf Jalan Paip,
Sebanyak 18 Notis 425 KTN. (Penceroboh Tanah Kerajaan) telah dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha premis di sepanjang Jalan Paip (simpanan jalan). 13 yang menerima Notis 425 telah membuka sendiri gerai mereka sementara 5 pemilik premis mendakwa tidak menerima Notis. Notis baru akan dikeluarkan kepada 5 pemilik yang berkenaan .
- Projek Menaik taraf Laluan Pekan Meru Ke Puncak
Sebanyak 92 Notis 425 KTN. (Pencerobohan Tanah Kerajaan) telah dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha di sepanjang Jalan Meru ke Puncak Alam (simpanan jalan). Keseluruhan pemilik premis menyatakan akan membuka sendiri premis mereka.
- Lot 5151 (Rizab JKR. – G.N. 3165/14), Pekan Meru. Sebanyak 4 Notis 425 KTN. (Pencerobohan Tanah Kerajaan) telah dikeluarkan kepada pengusaha- pengusaha premis bertarikh 18.06.2013. Namun begitu, tindakan penguatkuasaan ditangguhkan apabila Y.B. DUN Meru mohon membantu menyelesaikan masalah
-
Adakah ada kebenaran bertulis dengan syarat-syarat tertentu bagi memaju, menduduki dan menyewakan diberikan kepada individu dan NGO yang masih sah sehingga tahun 2013? Senaraikan perincian.
Sehingga tahun 2013 ini, tiada sebarang kebenaran bertulis mahu pun Lesen Pendudukan Sementara (Lesen TOL)atau sebarang bentuk pajakan dikeluarkan kepada individu atau NGO untuk memaju, menduduki atau menyewa atas tanah rizab tersebut. Bagi tanah-tanah rizab yang telah diwartakan dan mempunyai Pegawai Pengawal dan atas kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, boleh dari masa ke semasa memberi pajakan keseluruhan atau mana-mana bahagian darinya untuk man0-mana tempoh tidak lebih daripada 21 tahun.