Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

32) ASET BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan aset tunai dan lokasi serta nilai hartanah BBGC?

    Aset tunai/Aset Semasa BBGC bagi akaun beraudit berakhir 31hb Disember 2012 adalah RM1,721,625.00. Jumlah ini adalah merangkumi tunai di bank, simpanan tetap, penerimaan, deposit dan wang pendahuluan (‘prepayment’). Lokasi BBGC adalah di Lot 1994, Bandar Bukit Beruntung, Selangor. Mukim Hulu Selangor.

    Keluasan BBGC adalah 362.66 ekar tanah (sumber:Mitra Valuers & Property Consultants Sdn Bhd). Nilai semasa hartanah BBGC (Notis Adjudikasi) adalah RM105,000,000.00.

  2. Adakah aset-aset ini dapat membantu mengukuhkan prestasi BBGC?

    Pendapatan utama BBGC adalah tertumpu kepada kemudahan golf dan rekreasi. BBGC tidak pernah mencatatkan keuntungan semenjak kelab golf ditubuhkan. Oleh yang demikian, pada 12hb Februari 2010, Ahli Lembaga Pengarah BBGC telah mengesyorkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI untuk melantik dan menerima cadangan pembangunan perniagaan yang dikemukakan oleh Excellence Golf Resort Berhad (The Mines). Berkuat kuasa pada 1hb Ogos 2010,

    The Mines akan menyelenggara keseluruhan kelab golf bagi tempoh lima tahun dengan membayar sumbangan wang RM90 ribu sebulan kepada BBGC.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.