Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

29) PERBELANJAAN UNTUK GOLONGAN WANITA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai peratusan jumlah perbelanjaan dan jumlah perbelanjaan dalam perkara untuk golongan Wanita dalam tahun 2008-2013

    Jumlah perbelanjaan dalam perkara untuk golongan wanita bagi tahun 2008-2013 adalah seperti berikut:-

    TAHUN PERUNTUKAN (RM) PERBELANJAAN (RM) PERATUS (%)
    2008 300,000.00 82,287.00 27%
    2009 1,000,000.00 807,495.50 81%
    2010 1,000,000.00 1,035,320.00 104%
    2011 1,000,000.00 1,000,000.00 100%
    2012 1,000,000.00 999,967.00 99%
     

    2013

     

    1,000,000.00

    627,858.00

    (Sehingga Oktober 2013)

     

    62%

  2. Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk Wanita dalam DUN Teratai dalam tempoh tahun 2008-2013

    1. Tiada senarai perbelanjaan khusus untuk wanita bagi DUN Teratai disediakan. Ini kerana perbelanjaan bagi pelaksanaan program-program di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita adalah meliputi penglibatan semua golongan wanita DUN di Selangor.
  3. Berapakah peratusan jumlah peruntukan dan peruntukan 2014 untuk Wanita?

    1. Peratusan jumlah peruntukan dan peruntukan 2014 untuk wanita adalah berjumlah RM1 juta (100%).

Lampiran

Tiada Lampiran.