Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

28) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam memajukan Tanah Rizab Melayu?

    Salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah Rizab Melayu ialah dengan memberi insentif pengurangan premium untuk tukar syarat tanah kepada perumahan atau perniagaan. Melalui Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) kadar premium yang dikenakan ialah 1/8 daripada nilaian semasa.

  2. Senaraikan keluasan tanah rizab yang ada mengikut Daerah.

    Berikut adalah pecahan kawasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah:

     

    BIL

     

    DAERAH

    BILANGAN TANAH RIZAB JUMLAH KELUASAN

    (ekar)

    1. Sabak Bernam 13 191,419.004
    2. Kuala Selangor 66 57,779.831
    3. Klang 14 19,913.801
    4. Gombak 19 11,543.458
    5. Petaling 7 2,776.141
    6. Hulu Langat 15 33,473.474
    7. Kuala Langat 14 45,272.742
    8. Sepang 16 24,802.360
    9. Hulu Selangor 29 39,353.69
    JUMLAH 193 426,434.50

Lampiran

Tiada Lampiran.