Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

21) LEBUH RAYA BARU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan nama dan lokasi untuk semua lebuh raya baru yang telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri atau PBT

    Jumlah kutipan dan pengagihan zakat di Selangor dari tahun 2008 hingga 2012 boleh dilihat pada jadual berikut:

    Jumlah Kutipan Zakat Di Selangor Dari Tahun 2008 hingga 2012

    TAHUN JUMLAH (RM JUTA)
    2008 244,472,884
    2009 283,787,046
    2010 336,674,526
    2011 394,103,904
    2012 451,325,027

     

    Jumlah Agihan Zakat Di Selangor Dari Tahun 2008 hingga 2012

     

    TAHUN JUMLAH (RM JUTA)
    2008 188,998,771
    2009 279,191,041

     

     

    TAHUN JUMLAH (RM JUTA)
    2010 364,946,019
    2011 373,465,626
    2012 401,717,682
  2. Bagaimana negeri dapat memantau projek lebuh raya baru supaya kadar tol yang akan dikutip adalah munasabah?

    1. Antara strategi dan kaedah yang dilaksanakan oleh LZS untuk meningkatkan kutipan dan kecekapan pengagihan adalah:

     

    i)                                            Aktiviti Dakwah dan Penerangan

    Ia merupakan tunjang kepada LZS untuk mentarbiahkan umat Islam terutamanya golongan muda berkaitan kutipan dan agihan. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah:

    • Operasi Masjid (Khutbah) – Pembacaan khutbah tentang zakat telah masjid-masjid terpilih. Selain itu satu khutbah juga ditulis khas untuk dibaca bersempena bulan Disember dan
    • Ceramah dan Forum – Merupakan salah satu mekanisme tradisional yang digunakan untuk menyampaikan dakwah zakat kepada
    • Program Bersama Jemaah Haji – Merupakan program tahunan yang dijalankan oleh LZS dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji. Ia melibatkan siri ceramah yang diadakan khusus untuk bakal jemaah
    • Program Ziarah Korporat dan Majikan – Ia melibatkan aktiviti ziarah ke premis-premis majikan dan
    • Barakah Mawaddah – Ia merupakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengendalikan kursus perkahwinan. LZS telah diberi slot ceramah pada setiap kursus perkahwinan yang dijalankan dengan pengisian berkaitan zakat khusus untuk golongan

     

    ii)                                          Mengoptimumkan Kutipan Zakat Perniagaan

    • Operasi Taksiran – Diadakan dari semasa ke semasa sepanjang tahun. Ia melibatkan aktiviti seperti taklimat di premis syarikat, rundingan zakat, taksiran zakat syarikat dan kutipan zakat perniagaan di premis-premis
    • Seminar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan – Seminar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan ini diadakan khusus untuk syarikat- syarikat yang berpotensi dan berminat untuk mengetahui dengan terperinci maklumat berkenaan zakat perniagaan

     

    iii)                                        Operasi Pekeliling Kerajaan

    Operasi Pekeliling Kerajaan bagi kakitangan kerajaan adalah berdasarkan pekeliling pembayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2004. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taksiran zakat, penghantaran notis taksiran dan taklimat yang memfokuskan agensi-agensi kerajaan di  Negeri Selangor. Operasi Pekeliling Kerajaan juga memainkan

    peranan besar dalam memberi impak yang cukup berkesan ke atas kutipan zakat pendapatan di LZS. Secara dasarnya, operasi ini telah berjaya meningkatkan bilangan pembayar melalui potongan gaji bagi sektor kerajaan.

     

    iv)                                        Skim Berkat (Skim Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji)

    Ia merupakan skim kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh LZS kepada para pembayar zakat di Selangor.

     

    1. Operasi Promosi dan Publisiti Melibatkan Kutipan dan Agihan Zakat Aktiviti promosi diadakan sepanjang tahun bertujuan untuk memperkasakan kutipan zakat terutamanya menjelang waktu puncak iaitu pada bulan Ramadan dan Disember. Selain itu, promosi dan publisiti di media massa turut memainkan peranan dalam memberi pendedahan dan informasi tentang LZS kepada orang ramai. Antara bentuk promosi dan publisiti dengan media yang dijalankan termasuklah mendapatkan slot temu bual di radio dan tv, wawancara berkaitan zakat di media-media cetak serta membawa pihak media melihat perkembangan agihan zakat di Selangor.

     

    vi)                                        Kaunter Bergerak

    Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat, LZS telah mewujudkan kaunter bergerak yang bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya di destinasi terpilih yang menjadi tumpuan ramai.

     

    • Menyediakan Kaunter Ekspres Agihan Zakat di cawangan-cawangan LZS terpilih di setiap

     

    • Skuad Jejak Kemiskinan – Program turun padang ini bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang memerlukan, namun masih belum mendapat bantuan zakat. Siasatan secara terus dari rumah ke rumah telah dijalankan di setiap lokasi, di mana penduduk diminta mengisi borang bancian siasatan bagi menentukan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) mereka.

     

    1. Mengadakan semakan semula asnaf fakir dan miskin yang dilaksanakan setiap

     

     

    1. Memperbaiki proses agihan untuk memudahkan asnaf yang memohon bantuan.

    Antaranya adalah dengan mempermudahkan proses mengisi borang permohonan. Selain itu, keperluan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dimantapkan, agar dapat meningkatkan kecekapan operasi LZS ke tahap optimum dan efisien dengan kos yang lebih efektif.

     

    1. Memperkenalkan Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353 untuk menyalurkan maklumat berkaitan asnaf. Di samping itu, seiring dengan perkembangan teknologi, LZS turut memperluaskan penggunaan facebook (LembagaZakatSelangor.MAIS)

    untuk berkomunikasi dengan masyarakat sama ada untuk menyalurkan aduan atau sebarang pertanyaan berkaitan.

  3. Nyatakan jumlah asnaf dan nilai zakat yang menerima pengagihan pada tahun 2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN?

    1. Berikut merupakan jumlah asnaf fakir dan miskin mengikut daerah pada tahun 2013:
    BIL DAERAH JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN
    FAKIR MISKIN
    1. Sabak Bernam 324 3,845 4,169
    2. Kuala Selangor 938 2,840 3,778
    3. Klang 1,028 2,314 3,342
    4. Petaling 1,571 3,329 4,900
    5. Kuala Langat 1,090 1,598 2,688
    6. Sepang 380 723 1,103
    7. Hulu Langat 2,208 2,934 5,142
    8. Gombak 838 1,204 2,042
    9. Hulu Selangor 1,457 1,489 2,946
    JUMLAH 9,834 20,276 30,110

    Nota: Data asnaf fakir dan miskin adalah sehingga September 2013. LZS tidak mempunyai rekod asnaf mengikut DUN dan Parlimen.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.