Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

16) SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kaedah pelantikan kontraktor?

    Kontraktor MPAJ dilantik melalui tender terbuka. Pemilihan dibuat menggunakan kaedah cut offyang mana penender akan di senarai pendek dan penender yang menawarkan harga terendah dipilih.

  2. Nyatakan berapa jumlah nama dan jumlah kontraktor yang telah diambil tindakan di atas kegagalan penyenggaraan sisa pepejal di MPAJ sejak pengambilalihan dari ALAM FLORA?

    Terdapat 6 kontraktor telah ditamatkan perkhidmatan sejak pengambilalihan daripada Alam Flora iaitu:

    • Syarikat Ole Tech Venture ( PPSP 13) – Ditamatkan pada 27 Jun 2012
    • Syarikat Zumy Engineering (PPSP 14) – Ditamatkan pada 27 Jun 2012
    • Syarikat ZNS Engineering (PPSP 15) – Ditamatkan pada 27 Jun 2012
    • Syarikat Aftacorp Sdn. Bhd. (PPSP 28) – Ditamatkan pada 27 Jun 2012
    • Syarikat Cahaya Bina Sdn. Bhd. (PPSP 4) – Ditamatkan pada 19 Julai 2013
    • Syarikat Ciri Dinamik Ent. (PPSP 5) – Ditamatkan pada 19 Julai 2013
  3. Nyatakan juga bentuk tindakan?

    Tindakan yang diambil adalah (i) Notis Pemberitahuan; (ii) Notis Pembetulan; (iii) Notis “back-up”’; (iv) Tunjuk Sebab;(v) Penggantungan Perkhidmatan; dan akhirnya (v) Penamatan

    DITOLAK DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN TETAP 23 (q) (ii)

Lampiran

Tiada Lampiran.