Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
13) RUMAH URUT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah urut yang beroperasi tanpa kelulusan di dalam Negeri Selangor?
Berikut adalah jumlah rumah urut yang beroperasi tanpa kelulusan di dalam Negeri Selangor :
BIL.
PBT
JUMLAH RUMAH URUT TANPA KELULUSAN
1. MBSA 21 premis 2. MBPJ 55 premis 3. MPK 16 premis 4. MPAJ Tiada 5. MPSJ 77 premis 6. MPS 10 premis 7. MPKj 41 premis 8. MPSp Tiada 9. MDKL Tiada 10. MDHS 1 premis 11. MDKS Tiada 12. MDSB Tiada JUMLAH 221 premis -
Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah dan bakal diambil terhadap mereka?
Tindakan penguatkuasaan yang telah dan bakal diambil terhadap rumah urut yang beroperasi tanpa kelulusan Kerajaan Negeri Selangor ialah PBT menjalankan operasi ke premis rumah urut tidak berlesen dan operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Operasi ini dijalankan bagi memperkukuhkan lagi tindakan penguatkuasaan serta membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral. Manakala tangkapan bagi warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen. PBT juga sentiasa membuat pemantauan dan melaksanakan pemeriksaan bagi mengesan kewujudan premis-premis baru. Bagi premis- premis yang didapati beroperasi tanpa kelulusan, sitaan dan pengeluaran kompaun akan dikeluarkan.