Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

8) MANFAAT MIKRO KREDIT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan penerima pinjaman mikro kredit bawah kerajaan negeri mengikut DUN dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat sama ada berjaya menambah pendapatan atau mengembangkan perniagaan.

    YAQ ditubuhkan untuk menyediakan pembiayaan secara mikro kepada rakyat Selangor yang dikategorikan sebagai miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 atau per kapita RM350. YAQ membahagikan tugas dan tanggungjawab bagi menjangkau isi rumah miskin di seluruh negeri Selangor kepada dua program utama iaitu Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR). SKIMSEL beroperasi di kawasan luar bandar seperti Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Walau bagaimanapun di daerah yang dikategorikan sebagai kawasan bandar namun mempunyai kampung tradisi seperti di Daerah Gombak, Petaling Dan Klang juga menjadi kawasan operasi SKIMSEL. MiMBAR pula beroperasi di kawasan bandar iaitu di Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Majlis Perbandaran Kajang(MPKJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

     

    i)                     SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

     

    SKIMSEL telah memulakan operasi pada bulan Ogos 2010. Berdasarkan maklumat sehingga 30hb September 2013, bilangan penerima manfaat pembiayaan SKIMSEL adalah seramai 8,396. Bilangan penerima mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

    CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA
    SabakBernam 1,273
    Hulu Selangor 1,106

     

    CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA
    Kuala Selangor 1,345
    Hulu Langat 1,394
    Kuala Langat 1,227
    Sepang 945
    Gombak 277
    Petaling 442
    Klang 387
    SKIMSEL 8,396

     

    ii)                    SKIM MIKRO KREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR)

    Keseluruhan jumlah penerima manfaat melalui Program Mikrokredit  Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) sehingga Oktober 2013 adalah seramai 5,731 orang. Mereka (peserta) yang menerima manfaat tersebut merangkumi tiga (3) program pilihan yang telah disediakan di bawah MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Bantuan  Niaga  dan Bantuan Kerja. Jadual di bawah adalah jumlah peserta atau penerima manfaat yang telah berjaya di bawah MiMBAR Selangor mengikut DUN.

     

    Jadual peserta yang berjaya mendapat pembiayaan mengikut DUN dan PBT.

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MBPJ Bukit Gasing 1 3000
    Bukit Lanjan 103 194,000
    Damansara

    Utama

    3 6,500
    Kampung Tunku 1 2,000
    Kota Damansara 339 641,000
    Paya Jaras 158 316,500
    Seri Setia 79 150,000
    Taman Medan 219 445,000
    Jumlah MBPJ   903 1,758,000

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MBSA Batu Tiga 290 578,500
    Kota Anggerik 102 210,500
    Sri Muda 197 391,000
    Jumlah MBSA   589 1,180,000
    MPAJ Bukit Antarabangsa 69 136,500
    Chempaka 126 259,000
    Hulu Kelang 142 307,200
      Lembah Jaya 257 524,000
    Teratai 50 104,500
    Jumlah MPAJ   644 1,331,200
    MPK Ijok 3 3000
    Jeram 27 32,500
    Kota Alam Shah 39 87,000
    Meru 400 803,000
    Pandamaran 33 66,000
    Pelabuhan

    Klang

    182 354,000
    Selat Kelang 202 400,000
    Sementa 250 489,000
    Seri Andalas 221 395,500
    Sijangkang 3 3,500
    Sungai Pinang 94 182,000
    Jumlah MPK   1,454 2,815,500
    MPKJ Balakong 162 337,000
    Bangi 108 196,500
    Dusun Tua 56 107,500
    Kajang 202 382,000
    Semenyih 20 36,000
    Seri

    Kembangan

    29 54,500
    Jumlah MPKJ   577 1,113,500
    MPS Batu Caves 318 686,500
    Gombak Setia 256 545,000
    Kuang 171 372,000
    Rawang 185 396,000
    Taman Templer 122 249,000
    Jumlah MPS   1052 2,248,500
    MPSJ Kinrara 112 227,500
    Seri Serdang 182 342,000
    Subang Jaya 63 118,500
    Jumlah MPSJ   357 688,000

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MPSP Dengkil 107 201,500
    Sungai Pelek 47 123,000
    Tanjong Sepat 1 1,000
     Jumlah MPSP        

    JUMLAH KESELURUHAN

                                                 155                 325,500       
      5,731 11,460,200

     

    MiMBAR Selangor turut memberi kelebihan kepada peserta yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembayaran balik pinjaman. Mereka yang telah dikategorikan sebagai cemerlang berpeluang dan diberi kelayakan untuk memohon pinjaman tambahan seterusnya. Seramai 149 orang telah berjaya memperolehi pinjaman pusingan kedua.

  2. Apakah langkah seterusnya?

    1. Kemajuan projek sadiq sentiasa dipantau melalui kaedah disentralisasi kuasa kepada Ketua Nadi dan Ketua Kumpulan. SKIMSEL juga mengamalkan kaedah berpenyeliaan rapi dan berperingkat bagi menjamin kepatuhan disiplin kredit yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan penggunaan modal yang sempurna dan bayaran balik setiap minggu. Lawatan ke tapak projek sadiq- sadiq di tetap dan dilaksanakan oleh Pegawai Operasi setiap 6 bulan

     

    Berikut adalah keputusan yang didapati hasil dari lawatan pada bulan Jun 2013:

     

    CAWANGAN STATUS PROJEK
      Cemerlang Berjaya Bertahan Gagal
    Sabak Bernam 45 534 310 88
    Hulu Selangor 61 583 109 78
    Kuala Selangor 15 694 107 142
    Hulu Langat 67 694 188 74
    Kuala Langat 91 582 226 46
    Sepang 63 518 38 70
    Gombak 3 68 75 61
    Petaling 3 43 314 0
    Klang 14 172 49 101
    SKIMSEL 362 3,888 1,416 660

     

    *Penunjuk

     

    Status Diskripsi (Lebihan Pendapatan)
    Cemerlang RM 5000 ke atas
    Berjaya RM 1000 hingga RM 4999
    Bertahan RM 0 hingga RM 999
    Gagal RM Negatif

     

    Berdasarkan kepada potensi sedia ada, SKIMSEL berharap akan dapat meneruskan program pemberian bantuan pembiayaan secara kecil- kecilan secara berterusan kepada golongan sasaran. SKIMSEL mensasarkan penambahan seramai 4,000 orang lagi dengan jumlah keseluruhannya seramai 12,000 orang.

     

    Bagi Program MiMBAR pula sehingga Oktober 2013, jumlah peminjam yang diluluskan adalah seramai 5,731 orang di bandar-bandar Selangor yang terdiri dari lapan (8) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di  Selangor. Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan pula adalah sebanyak RM11,460,200.00 bagi semua program MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Program Bantuan Produk, dan Program Bantuan Kerja yang meliputi pinjaman pusingan pertama dan kedua. Pinjaman pusingan kedua diberikan kepada peserta pusingan pertama yang masih lagi memerlukan pinjaman tambahan untuk perniagaan mereka dengan rekod pembayaran pusingan pertama yang cemerlang.

     

    Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut pusingan pembiayaan:

     

    PUSINGAN PESERTA (ORANG) PEMBIAYAAN (RM)
    Pertama 5,582 10,846,200
    Kedua 149 614,000
    JUMLAH 5,731 11,460,200

     

    Penyumbang kepada pencapaian ini dikategorikan mengikut kawasan seperti berikut:

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    i. Majlis Perbandaran Klang 1,454 2,815,500

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    ii. Majlis Perbandaran Selayang 1,052 2,248,500
    iii. Majlis Bandaraya Petaling

    Jaya

    903 1,758,000
    iv. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 644 1,331,200
    v. Majlis Bandaraya Shah

    Alam

    589 1,180,000
    vi. Majlis Perbandaran Kajang 577 1,113,500
    vii. Majlis Perbandaran Subang Jaya 357 688,000
    viii. Majlis Perbandaran Sepang 155 325,500

     

    Jumlah keseluruhan peserta yang telah diluluskan untuk Pakej Bantuan Niaga (kiosk) pula adalah seramai 126 orang. Daripada jumlah itu, seramai 87 peserta telah pun menerima kiosk dan memulakan perniagaan.

     

    Jadual penerima bantuan niaga (kiosk).

     

    Jenis Kiosk Lulus Biaya
    Burger 53 33
    Ice Blended 61 45
    Ayam Rangup 12 9
    Jumlah 126 87

     

    Manakala, jumlah keseluruhan peserta yang telah diluluskan untuk Pakej Bantuan Kerja (Pakej MiMBAR Kleaner) adalah seramai 39 orang, bersamaan dengan 13 kumpulan. Daripada jumlah itu, seramai 30 orang peserta, bersamaan dengan 10 kumpulan, telah pun menerima peralatan cucian masing-masing dan telah memulakan aktiviti.

     

    Jadual berikut merupakan ringkasan jumlah peserta yang berjaya mengikut program pilihan:

     

     

    PERMOHONAN BERJAYA

     

    5,731 orang

    PROGRAM BILANGAN PESERTA
    Mikrokredit 5,566 orang
    Kiosk 126 orang
    Pakej MiMBAR Kleaner 39 orang

     

    MiMBAR Selangor amat berharap dengan bantuan pinjaman berterusan ini dapat membantu sekumpulan kecil peserta yang begitu komited dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi sebagai perantis kecil dan sederhana sehingga mereka tidak lagi memerlukan pinjaman kecil sebegini untuk menyara perbelanjaan perniagaan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.