Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

3) PELAKSANAAN MEMBAIK PULIH TAMAN REKREASI DAN TASIK SHAH ALAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana perancangan ini telah dijalankan?

    MBSA telah merangka satu rangka kerja bagi menaik taraf dan membaik pulih Taman Tasik Shah Alam yang merangkumi 4 komponen berikut:

    i) Peningkatan Kualiti Air

    Merangkumi kerja-kerja pengurangan dan pembersihan rumpai air planktonic, pengnyahan selut dan bau, pengudaraan, peningkatan kualiti air serta pencegahan pencemaran.

    ii) Menaik taraf infrastruktur sedia ada

    Cadangan untuk menaik taraf pejalan kaki, laluan sikal dan kemudahan pencahayaan di kawasan tasik ini.

    iii) Menambah serta membaik pulih prasarana sedia ada

    Prasarana yang dimaksudkan termasuklah keperluan untuk menaik taraf atau menambah kemudahan tandas, taman permainan kanak-kanak, wakaf, aksesori taman dan juga pagar di sekeliling tasik.

    1. Mewujudkan Unit Pengurusan Taman Tasik dan juga Renjer Taman Unit Taman Tasik yang dicadangkan adalah terdiri 14 jawatan Pekerja Awam Gred R1 akan di bahagian kepada dua kumpulan serta 25 jawatan Pembantu Penguatkuasa (Renjer) yang akan menjalankan tugas pemantauan dan pemeriksaan di semua taman-taman
    Unit Pengurusan Taman Tasik
    BIL JAWATAN ASAL GRED BILANGAN JAWATAN CATATAN
    1. Pekerja Awam R1 14 2 Kumpulan (7 orang setiap

    kumpulan)

    2. Pembantu Penguat kuasa (Renjer)   25  
    Jumlah   39  

    Satu bengkel berhubung cadangan serta pelan tindakan tersebut akan diadakan pada 19 – 20 Disember 2013 yang akan melibatkan EXCO Kerajaan Negeri, pihak UPEN di samping panel landskap daripada ILAM, UPM, UiTM, FRIM dan penasihat tetap landskap daripada UPM dan Zoo Negara.

    Pihak NGO’s daripada Malaysia Nature Society, Eco Warriors dan juga penasihat reka bentuk daripada individu dan pemaju juga akan turut sama dijemput.

  2. Berapa peruntukan telah disediakan?

    Berikut adalah jumlah peruntukan bagi menaik taraf dan membaik pulih Taman Tasik Shah Alam:

    Tahun Jumlah (RM)
    2011 975,977.24
    2012 1,014,237.24
    2013 1,094,004.01

    Sebanyak RM 16.47 juta diperlukan bagi menaik taraf keseluruhan Taman Tasik Shah Alam antaranya melibatkan program pembersihan air tasik yang melibatkan kos sebanyak RM 4.5 juta yang merangkumi kerja-kerja pengurangan dan pembersihan rumpai air planktonic, pengnyahan selut dan bau, pengudaraan, peningkatan kualiti air serta pencegahan pencemaran.

    Manakala bagi menaik taraf pejalan kaki, sebanyak RM 1.7 juta diperlukan melibatkan pelebaran laluan pejalan kaki, pembaikan ”grade” serta kemasan laluan pejalan kaki sedia ada. Untuk meningkatkan keselamatan RM 2 juta diperlukan untuk membaiki lampu di keseluruhan Taman Tasik Shah Alam bagi tujuan pencahayaan. Sebanyak RM 700,000 lagi diperlukan untuk menaik taraf ruang dalaman dan perkakasan tandas awam manakala untuk kemudahan wakaf dan pembaikan aksesori taman awam sejumlah RM 1.8 juta dijangka diperlukan bagi menambah baik wakaf, ganti kayu yang reput serta menambah identiti Taman Tasik Shah Alam dengan pembinaan pagar perimeter tasik.

    Sejumlah RM 3.2 juta diperlukan untuk mengganti alatan permainan dan bagi menambah keselesaan dan tidak membahayakan orang ramai bagi kegunaan anak-anak dan pengguna-pengguna kecil Taman Tasik Shah Alam. Manakala RM 920,000 diperlukan untuk program penjagaan pokok di samping menyediakan rawatan dan kawalan anai-anai dan penandaan pokok-pokok.

  3. Bila tarikh mula akan dilaksanakan?

    Bagi tahun 2014, pihak Majlis telah memperuntukkan sejumlah RM 3 juta untuk menampung sebahagian cadangan tersebut dan sebahagiannya lagi adalah diharap mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri sebagaimana diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 17/2013 pada 19 Jun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.