Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

2) CUKAI PINTU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menilai kadar cukai pintu?

    Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan supaya PBT menyediakan senarai nilaian bagi setiap lima tahun sekali. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menilai semula kadar cukai pintu. Walau bagaimanapun terdapat permintaan dari PBT Negeri Selangor yang memohon untuk membuat penilaian semula. Kerajaan Negeri akan menilai semula berdasarkan senarai yang akan dikemukakan dengan justifikasi yang lengkap.

  2. Jika penilaian semula dibuat, adakah dirancang mekanisme untuk membantu golongan yang tidak mampu membayar tambahan cukai pintu?

    Sekiranya penilaian semula dibuat oleh PBT kaedah atau mekanisme bagi membantu golongan yang tidak mampu membayar tambahan cukai pintu akan ditekankan dan diberi keutamaan selaras dengan dasar Negeri berkebajikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.