Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
292) HAKISAN DI PANTAI REMIS SUNGAI SEMBILANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah hakisan ini?
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selaku pihak berkepentingan utama telah menyediakan satu pelan pengurusan pantai yang dinamakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) Kuala Selangor – Sabak Bernam yang telah diwartakan pada 11 April 2013 yang lalu. Pelan ICM ini merangkumi Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (ICUZP) yang akan digunakan sebagai panduan bagi sebarang pembangunan di kawasan pantai di kedua-dua daerah. Selain daripada Pelan ICUZP, terdapat juga Pelan Strategi Pesisir Pantai bagi kedua-dua daerah. Di dalam pelan tersebut, terdapat 6 polisi utama yang akan membantu semua pihak berkepentingan dalam menguruskan perairan dan pesisir pantai secara holistik dan bersepadu. Hakisan dan Sedimentasi merupakan salah satu polisi yang terdapat di dalam Pelan ICM bagi kedua-dua daerah di mana terdapat beberapa tindakan yang diberi perhatian dan akan dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan.
(MAKLUMAT TAMBAHAN OLEH PIHAK JPS)
- Masalah hakisan di Pantai Remis sedang di dalam perhatian pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor
- JPS akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada LUAS
- Projek kawalan hakisan akan dilaksanakan sebaik menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia. Adakah telah dipohon? Kerajaan Negeri / Persekutuan?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menambah baik prasarana sedia ada atau membina serta membangunkan tarikan baru di Pantai Remis?
a) (MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR)
Pihak MDKS mempunyai perancangan dalam pelan induknya untuk membangunkan kawasan Pantai Remis di Jeram. Anggaran kos keseluruhan yang dijangka terlibat ialah sebanyak RM 3 juta. Dalam masa yang sama, pihak MDKS turut menyalurkan peruntukan bagi menyelenggara kawasan tersebut dari masa ke semasa seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
BIL TAJUK JUMLAH 1
Tahun 2010
1. Kerja-kerja membina pondok pengawal di kawasan 10,310.00 pelancongan Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor 19,800.00 2. Kerja-kerja pengukuhan benteng pantai serta kerja-kerja berkaitan di kawasan pelancongan Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor 14,910.00 3. Kerja-kerja pembaikan saluran paip dan kerja-kerja berkaitan di tandas dan medan selera Pantai 85,100.00 Remis, Jeram, Daerah Kuala Selangor 4. Kerja-kerja membina dan membaik pulih bumbung dan membina wakaf serta kerja-kerja berkaitan di Medan Selera, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor 2
Tahun 2011
1. Kerja-kerja membina paip culvert serta kerja-kerja berkaitan di Pusat Pelancongan Pantai Remis, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor
19,800.00
3
Tahun 2012
1. Kerja-kerja menyelenggara bumbung yang terbang serta membaiki bangunan tandas, gerai, surau serta taman permainan kanak-kanak di Pantai Remis 9,956.00 333,260.00 2. Kerja-kerja menurap semula jalan dan menambak ‘crusher run’ serta kerja-kerja berkaitan di Tapak Penjaja Pantai Remis, Jeram, Daerah Kuala Selangor 4
Tahun 2013
1. Membekal, merata dan memadat batu quarry dust serta kerja-kerja berkaitan di kawasan tapak penjaja Pantai Remis, Daerah Kuala Selangor
2. Kerja-kerja pembaikan pam di tandas awam Pantai Remis, Jeram, Daerah Kuala Selangor
19,200.00
2,000.00
JUMLAH
514,336.00