Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

288) PENYELENGGARAAN BANGUNAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semenjak kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor pada tahun 2008, didapati bangunan awam seperti dewan, balai raya dan surau terutama di kampung-kampung tidak di selenggara secara berkala dan berlaku banyak kerosakan yang menggagalkan fungsi bangunan tersebut. Berapakah bajet tahunan diperuntukkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyelenggarakan bangunan awam seperti dewan, balai raya dan surau?

    Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan peruntukan khas bagi menyelenggara bangunan awam seperti dewan, balai raya dan surau.Ini kerana dewan orang ramai adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri ada memperuntukkan sejumlah RM500,000.00 setahun bagi menampung keperluan sekiranya berlaku ketidakcukupan

  2. Apakah prosedur yang diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri sebelum suatu bangunan awam terutama di kampung-kampung tersebut dinilai dan diputuskan memerlukan selenggaraan.

    Prosedur yang digunakan bagi memutuskan suatu bangunan awam itu memerlukan penyelenggaraan adalah berdasarkan permohonan dari Pejabat Daerah yang dikemukakan kepada Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN untuk lawatan tapak dan penilaian teknikal. Selepas lawatan tapak dan penilaian teknikal dilaksanakan, keputusan untuk menyalurkan peruntukan akan diberikan kepada Pejabat Daerah atau Pihak Berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.