Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
281) PENJUALAN MINUMAN KERAS DI KAWASAN MAJORITI MELAYU/ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh peniaga (contoh 7/11, 99 Speedmart) yang menjual minuman keras?
Kawalan penjualan minuman beralkohol ke atas premis-premis yang dilesenkan di peringkat PBT dilaksanakan melalui syarat-syarat tambahan. Dasar Kerajaan Negeri pada masa ini adalah semua kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak, pasar mini dan pasar raya yang menjual minuman beralkohol perlu melaksanakan sistem kawalan sendiri (self-regulatory) bagi membendung penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam di kawasan majoriti orang Islam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, lesen minuman keras dikeluarkan sepenuhnya oleh Pejabat Tanah & Daerah (PTD). Segala penguatkuasaan dan tindakan akan dibuat oleh PTD manakala PBT, Jabatan Kastam serta JAIS akan turut memantau mengikut bidang kuasa masing-masing.
-
Adakah terdapat undang-undang di pihak berkuasa tempatan yang melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti Melayu/Islam?
Tiada undang-undang di pihak berkuasa tempatan yang melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti Melayu/Islam. Walau bagaimanapun sekiranya premis tersebut tidak mematuhi Self Regulatory (Kawal Selia Sendiri) yang ditetapkan oleh majlis, tindakan kompaun boleh dikenakan kerana tidak mematuhi syarat lesen yang telah
-
Adakah satu tindakan khusus boleh diambil kepada peniaga yang menjual minuman keras di kawasan majoriti Melayu/Islam?
Tiada tindakan khusus boleh diambil kepada peniaga yang menjual minuman keras di kawasan majoriti Melayu/Islam kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan oleh