Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

280) KHATIB JUMAAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang diberi tauliah untuk menyampaikan khutbah Jumaat?

    Kriteria yang diberi tauliah sebagai penyampai Khutbah Jumaat atau Khatib adalah :

     

    • Imam yang dilantik oleh MAIS/JAIS yang bertugas di Masjid

     

    • Individu berilmu, berkelulusan Agama, berkemahiran dalam hal ehwal Islam dan mendapat kebenaran daripada MAIS/JAIS.

     

  2. Adakah pihak masjid boleh membenarkan khatib tanpa tauliah membaca khutbah?

    Pihak masjid tidak boleh memberikan kebenaran kepada khatib tanpa tauliah untuk membaca

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang memasang kamera rakaman bagi memantau khatib yang menyimpang dari topik / teks atau berbaur politik?

    Kerajaan negeri tidak bercadang meletakkan kamera rakaman bertujuan memantau khatib yang menyimpang dari topik / teks atau berbaur politik adalah kerana;

     

    Hanya Khatib yang bertauliah sahaja yang dibenarkan menyampaikan khutbah.

     

    Khatib tidak dibenarkan mengubah isi kandungan teks yang telah diputuskan/diluluskan dalam Jawatankuasa Khutbah

     

    Khatib akan diambil tindakan sekiranya melakukan kesalahan

     

    MAIS/JAIS telah menaruh kepercayaan kepada khatib yang telah dilantik dan

Lampiran

Tiada Lampiran.