Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

269) GALAKAN DAN INSENTIF BERNIAGA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri ke arah melahirkan usahawan muda?

    Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan hanya menawarkan bantuan mengembangkan perniagaan yang telah beroperasi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program MES melalui MiMBAR dan SKIMSEL menawarkan bantuan memulakan usaha niaga dan bantuan memulakan

     

    Seramai 2,247 orang, yang mewakili 39 % daripada peserta MiMBAR adalah terdiri daripada belia dan usahawan muda. Selain daripada modal atau peralatan, mereka ini juga didedahkan dengan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan. Antara kursus yang disalurkan kepada peserta ialah Kursus kewangan, pemasaran, kemahiran, jaringan sosial, motivasi dan sebagainya. Kursus-kursus ini bertujuan untuk melengkapkan kemahiran diri dan memantapkan peserta sebagai seorang usahawan.

     

    Jadual bilangan peserta mengikut umur dan PBT.

     

    Umur MBSA MPK MBPJ MPSJ MPAJ MPS MPKj MPSp JUMLAH %
    Kurang dari 30 tahun  

    60

     

    123

     

    113

     

    27

     

    70

     

    102

     

    66

     

    16

     

    577

     

    10%

    30 tahun –

    39 tahun

    171 422 273 96 163 297 189 59 1670 29%
    40 tahun –

    49 tahun

    240 601 311 140 224 430 196 54 2196 38%
    50 tahun –

    59 tahun

    104 275 193 86 167 207 114 26 1172 21%

     

    Umur MBSA MPK MBPJ MPSJ MPAJ MPS MPKj MPSp JUMLAH %
    60 tahun ke atas 14 33 13 8 20 16 12 0 116 2%
    JUMLAH 589 1454 903 357 644 1052 577 155 5731 100%
  2. Nyatakan galakan dan insentif berniaga yang diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan muda?

    Sebagai galakan dan insentif berniaga, kerajaan negeri melalui MiMBAR Selangor telah memperkenalkan pelbagai program yang bersesuaian bagi usahawan muda. Ianya terdiri daripada Program Mikrokredit, Program Bantuan Niaga, dan Program Bantuan Kerja yang meliputi pinjaman pusingan pertama dan kedua.

     

    MiMBAR Selangor bukan sahaja memberikan pinjaman kewangan semata-mata, akan tetapi MiMBAR Selangor turut memberi bantuan dan sokongan dari segi bantuan niaga untuk menjana pendapatan, bantuan produk untuk memulakan perniagaan, ilmu dan pengetahuan perniagaan, nilai tambah produk, serta jaringan perniagaan. Berikut merupakan program-program yang disediakan di bawah MiMBAR Selangor:

     

    1. Mikrokredit

     

    Pinjaman kewangan bernilai dari RM1,000 hingga RM5,000 mengikut kepada keperluan pinjaman bagi jenis perniagaan. Pinjaman ini dikhususkan kepada peniaga kecil untuk menambah modal pusingan.

     

    1. Bantuan Niaga

     

    Memberikan bantuan seperti peralatan, produk, dan ruang niaga kepada peniaga kecil. Pakej ini membantu pemohon untuk terus mula berniaga dengan peralatan yang disediakan seperti kiosk dan produk.

     

    • Bantuan Kerja

     

    Menyediakan peralatan dan ruang kerja sebagai inisiatif baru bagi konsep “workfare” dengan tawaran pakej bantuan kerja bagi membantu rakyat Selangor lebih berdikari melalui pakej cucian karpet MiMBAR Kleaner. Program ini dibentuk secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang sekumpulan.

     

    1. MiMBAR-Mart

     

    MiMBAR-Mart merupakan satu platform bagi peserta MiMBAR Selangor untuk memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran tempatan dan membantu untuk meningkatkan ekonomi peserta. Di samping itu, peserta- peserta boleh bertukar pandangan, produk serta saling membantu antara satu sama lain.

     

    1. Latihan dan Kursus Kemahiran / “Business Coaching

     

    MiMBAR Selangor tidak ketinggalan membantu peserta dengan menyediakan program-program latihan dan kursus kemahiran agar menjadi peniaga kecil yang berjaya dan berdaya saing. MiMBAR Selangor juga kerap membawa mentor-mentor perniagaan yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dengan peserta.

     

    1. Tapak niaga & sokongan lesen perniagaan

     

    MiMBAR Selangor turut membantu para pesertanya dengan memanjangkan informasi yang diperolehi terutama dari Pihak Berkuasa Tempatan perihal tapak-tapak niaga atau gerai yang kekosongan. MiMBAR Selangor juga memberi sokongan kepada mereka yang ingin mendapatkan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan.

     

  3. Senaraikan program dan jumlah usahawan yang telah menikmati bantuan ini?

    Senarai program dan jumlah usahawan yang telah menikmati bantuan adalah seperti berikut:-

     

    Bil Pilihan Program Bilangan (orang) Jumlah pembiayaan (RM)
    1 Mikrokredit 5,566 10,966,700.00
    2 Program Bantuan Produk 1,766 940,000.00
    3 Program Bantuan Niaga 126 376,500.00
    4 Program Bantuan Kerja 39 117,000.00
    JUMLAH 7497 12,400,200.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.