Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

262) PROJEK TEBATAN BANJIR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menebat banjir di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib sejak Tahun 2008 sehingga Bulan Oktober 2013? i) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kolam takungan air di Pekan Banting untuk menyelesaikan masalah banjir? ii) Apakah perancangan jangka pendek dan panjang untuk meleraikan masalah banjir di Pekan Banting oleh Kerajaan Negeri?

     

     

    Tahun

     

    Kawasan DUN

     

    Jumlah Peruntukan (RM)

    2008 Telok Datok 347,950.00
    2009 Telok Datok 434,588.00
    2010 Telok Datok 384,144.00
    2011 Telok Datok 521,629.00
    2012 Telok Datok 763,343.00
    Hingga Oktober 2013 Telok Datok 280,000.00
    Jumlah 2,731,654.00

     

     

    Tahun

     

    Kawasan DUN

     

    Jumlah Peruntukan (RM)

    2008 Sijangkang 736,792.00
    2009 Sijangkang 544,924.00
    2010 Sijangkang 733,701.00
    2011 Sijangkang 811,771.20
    2012 Sijangkang 1,031,640.00
    Hingga Oktober 2013 Sijangkang 780,000.00
    Jumlah 4,638,828.20

     

     

    Tahun

     

    Kawasan DUN

     

    Jumlah Peruntukan (RM)

    2008 Morib 946,276.50
    2009 Morib 971,451.00
    2010 Morib 542,138.50
    2011 Morib 1,601,438.20
    2012 Morib 979,285.00
    Hingga Oktober 2013 Morib 880,000.00
    Jumlah 5,920,589.20

     

    JUMLAH KESELURUHAN   = RM 13,291,071.40

     

    1. Ya, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bercadang untuk pembinaan kolam takungan sebagai langkah pencegahan banjir di kawasan Bandar Banting. Justeru itu, untuk fasa pertama, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melantik Juru perunding untuk menjalankan kajian Sistem Saliran di Bandar Banting dan kini ianya telah berada hingga peringkat Draf Laporan

     

    Di dalam kajian tersebut ianya merangkumi beberapa alternatif termasuk:

     

    • Menyediakan kolam takungan banjir yang melibatkan kos yang tinggi di atas keperluan pengambilan balik
    • Menaik taraf struktur saliran berdasarkan kepada jenis dan saiz yang sesuai di

     

    1. Di peringkat Kerajaan Negeri, cadangan jangka panjang adalah dengan meleraikan masalah banjir di Pekan Banting melalui kajian pencegahan banjir yang merangkumi:

     

    • Pembinaan kolam takungan,
    • Menaik taraf parit tanah ke longkang konkrit mengikut saiz dan jenis yang sesuai di
    • Proses pengambilan balik tanah turut akan

     

    Manakala untuk cadangan jangka pendek:

     

    • Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan ke atas parit-parit yang berada di dalam kawasan berisiko
    • Kerja-kerja penyelenggaraan parit dijalankan mengikut kepada penjadualan pengorekan iaitu dalam tempoh paling kurang setahun sekali mengikut keadaan semasa di
    • Pemantauan dan pemeriksaan ke atas parit-parit di dalam kawasan Pekan Banting secara lebih

     

Lampiran

Tiada Lampiran.