Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
261) RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah rumah pangsa kos rendah di mana tiada ejen atau pemaju yang ingin menguruskannya?
Berdasarkan rekod daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, bilangan rumah pangsa kos rendah yang tiada ejen atau pemaju untuk diuruskan adalah seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH YANG TIADA PEMAJU ATAU EJEN (KAWASAN)
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tiada maklumbalas 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 9 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 63 5. Majlis Perbandaran Klang 11 6. Majlis Perbandaran Kajang 106 7. Majlis Perbandaran Selayang 18 8. Majlis Perbandaran Sepang Tiada maklumbalas 9. Majlis Daerah Hulu Selangor 1 10. Majlis Daerah Kuala Selangor 0 11. Majlis Daerah Kuala Langat 0 12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 -
Apakah langkah untuk menguruskan rumah pangsa kos rendah ini demi kebajikan penduduk?
Pelbagai langkah telah diambil oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan untuk menguruskan rumah pangsa kos rendah ini demi kebajikan penduduk antaranya seperti berikut:
Mengadakan program taklimat bersama pemilik untuk memberi pendidikan dan kesedaran berkenaan kepentingan penubuhan Badan
Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan dan pengurusan bangunan pangsapuri yang teratur;
Menjayakan penubuhan Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan atau melantik ejen pengurusan untuk mengambil alih penyenggaraan dan pengurusan bangunan
- Mengadakan program gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan Skim CERIA (Caring Goverment For Residents’ Improvement Aid) untuk meringkan beban pemilik-pemilik pangsapuri membaik pulih kerosakan harta bersama melalui kaedah perkongsian kos.