Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
259) MASALAH HAKISAN TANAH DAN PENGURUSAN CERUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah hakisan tanah dan pengurusan cerun bukit di DUN Teratai dalam tahun 2008-2013
Kerajaan Negeri telah menerima 12 cadangan penstabilan cerun dari MPAJ meliputi kawasan berisiko kritikal. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 juta bagi tujuan menstabilkan cerun di 6 lokasi kritikal. Salah satu daripada kawasan tersebut adalah di DUN Teratai iaitu di Bulatan Seraya, Taman Seraya,
-
Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2014 untuk pengurusan cerun bukit dan langkah-langkah cegahan bukit di DUN Teratai?
Setelah projek penstabilan cerun sedia ada siap dilaksanakan, Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan lanjut untuk melaksanakan projek baru berisiko sepertimana cadangan MPAJ